Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

3:21 p.m. - Saturday, May. 20, 2006
Multi emotions
Pening kepala, penat, geram dan bermacam2 lagi lah.. Penat mengenangkan sebulan aku nak memaksa badan pergi modul luar. 1 modul dah lepas, tinggal lagi 2.

Modul BTN yg baru aku hadiri lepas bagi aku best.. kecuali dia punya LDK ngan ceramah.. Fasi best, jurulatih best, suasana kem plak memang tenang giler.. best. Tmpt pun mmg lah ulu.. nama pun Ulu Sepri. Kawasan yg cantik, nyaman sampaikan kita bleh nampak banyak rama2 liar berkeliaran dalam kawasan kem. Dalam kem ada sungai plak tu.. geram betul tengok air. Rasa mcm malas dah nak balik INTAN. Inilah kali pertama aku bersama2 ngan sidang baru. Kononnya nak bermingle2 tapi last2 kata tinggal kata. Duduk dorm 10 orang yang mana 9 orang adalah sidang A lama jugak. Group LDK aku plak, lebih drpd separuh adalah sidang A lama. So adalah 2-3 orang kawan baru dan derang plak memang bagus2 dan baik2 belaka. Seronok.

Tapi tak seronok sewaktu majlis penangguhan semalam. Aku rasa bengang, terharu dan rasa nak menangis mengenangkan perangai PTD2 ni semua. Adakah PTD ni cukup elit sampai semua menda nak sempurna? Aku geram biler ada PTD yang bagi feedback kononnya penginapan BTN tak selesa, tak bersih, makan tak sedap dll. Apa ni semua??? Kalau nak bersenang2, tak payah pergi kursus. Macam ni ke pemimpin? Tak bleh nak bersusah2? Aku jadi kesian sangat tengok jurulatih2 yg semuanya kira2 baya abah aku. Aku tau derang dah cuba berikan yang terbaik, layanan yang paling bagus.. dah itu jer yg termampu derang buat, naper kita nak komplen lagi? Dah lah tu, masa ucapan penutup, wakil peserta sikit pun tak der nak mintak maaf apa2, tapi jurulatih2 plak yg beria2 mintak maaf itu ini. Malunya muka aku...

Mungkin pasal tengah period ni, mood aku jadi kacau bilau skit. Aku rasa geram biler each time aku telefon rumah, perkara yg tak lepas dari mulut mak adalah soal jodoh. Adoiii.. sekali sekala aku leh terima tapi biler dah setiap kali telefon itu dah jadi agenda utama, aku jadi fed up sangat!!! Bengangnya hati ni rasa nak menjerit biar satu dunia tau. Berdosa ke kalau aku masih belum kawin walaupun umur dah 26? Apa yg mak nak suruh aku buat sebenarnya ni? Aku bukannya orang yang nak menolak sunnah apalagi nak menangkis fitrah tapi aku percaya pada iradah dan takdir Allah. Insya Allah ada seseorang yang Allah ciptakan untuk aku. Kalau tak ada pun, kenapa nak risau jika memang itu takdirnya? Insya Allah sabar itu ada balasan baiknya. Aku tak perlu risau dan aku tak akan risau. Tapi biler orang lain terlebih2 risaunya, aku mula hilang sabar. Bukan hilang sabar pasal apa, tapi hilang sabar rasa nak marah... adoiii, aku tak nak jadi anak yang derhaka kerana marah pada mak bapak sendiri :(

Ya Allah, tolonglah berikan aku sedikit lagi kekuatan untuk terus tabah menghadapi segala dugaan yang kau hadirkan ini.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!