Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

3:31 p.m. - Sunday, Feb. 19, 2006
Balik dari OBS Lumut
Kali ini, bukan login dari opis tapi dari CC kat Bangi. Sajer kuar ngan adik, tak tau nak wat aper kat Intan.

Semalam petang selamat dah aku balik dari modul OBS kat Lumut. So far aku rasa inilah modul yang paling melampau best dalam DPA ni. Walaupun balik ngan fizikal yang teruk, tapi tetap fun.. masih terbayang2 tuh. Muka aku dah macam beruang panda.. berbelang semacam jer. Tangan plak dah macam pakai glove hitam.. cam tak caya tengok tangan sendiri. Ekceli bukan aku sajer tak mau amik apa2 langkah protection, tapi memang aku sengaja. Aku nak tengok kelainannya, nak rasa kepayahannya dan kesannya. Bila lagi kan?

OBS ni dah mengajar aku macam2 dan aku telah buat macam2 yang aku tak pernah buat selama ni. Contohnya, berlayar ke Pulau Rumbia yang sejauh 40 KM dari lumut.. bukan pakai enjin tapi berdayung. oars dia nak mampus punya berat. Pas tu camping satu malam kat sana. Then, ada ekspedisi berkayak mengelilingi pangkor plak tu dan camping jugak satu malam kat sana. Cam tak caya sungguh yg aku dah wat tu semua padahal ari tu masa latihan, separuh mati aku dibuatnya biler coach sengaja capsize kan kayak aku.. perghh..

Kali ini, lebih terasa ukhuwwah yang terjalin erat dalam kumpulan aku. Guyz semuanya adalah yang satu platun ngan aku masa kat modul tentera, so dah tak der masalah. Girls plak 3 orang adalah bekas platun satu jugak. Kumpulan aku masa OBS ni namanya Gading.. seronok sangat dalam group ni, tak pressure langsung. Motto group kami adalah TOGETHER-GETHER.. dan memang tercapai sungguh motto tu sampai group kami dah dicop sebagai group asabiyah.. naik panas telinga.

Yang pasti, modul OBS ni membuatkan semua orang menunjukkan sifat sebenar masing2. Kiranya cam tak der jurang, tak der lapik2, sumer main lepas jer. Kecuali aku lah kot yg masih control2 cam biasa. Kengkadang sampai aku naik segan biler kengkawan lain open jer bcakap itu ini. Rasa tak sanggup nak dengar pun ada. Tapi aku bersyukur kerana aku masih mampu mempertahankan pendirian sendiri dan menjaga fizikal, hati dan iman ini sebaiknya. Alhamdulillah.

Oh ya, Insya Allah kawan aku akan bertunang 5/3 ni. Kawan se PTD yang aku kenal hampir setahun. Tahniah untuk dia dan terima kasih kerana masih sudi nak berkongsi dan berterus terang ngan aku. Rasanya aku dah bleh bebas bcerita kat sini coz dia pun dah tak ingat URL blog ni. Dulu dia ingat sangat, tp semenjak dah ada orang lain ni, dah tak der nya lah.

Kawan yang satu ni memang baik, sederhana dll. Terus terang aku kata, mmg awalnya aku ada niat nak kenal dia ni lebih mendalam, mengenali hati budinya. Entah naper, hati aku rasa dia suka gak kat aku (eee.. open nya). Dari cara dia layan dan cakap kat aku, macam tu lah. (mak yg cakap cam tu, biler aku citer kat mak) Tapi aku tak mau layan perasaan cam tu. Aku ingat Dr Fadzilah Kamsah kata minimum manusia memerlukan 6 bulan utk betul2 mengenali seseorang itu. Aku rasa aku dah berusaha nak memelihara persahabatan tu sebaik mungkin walaupun kami jauh. Aku sabar jer coz aku tau kami ada DPA 6 bulan utk selalu bjumpa.

Heemm... tapi rupanya dalam tempoh bsabar itulah, sesuatu yang tidak aku jangka telah blaku. Dia dah jumpa orang lain, satu opis plak tu. Dan aku akur jer lah, mmg cam ni lah nasib long distance relationship. Yang dekat depan mata itu lah yang akan lekat. Lagipun kitorang pun mmg dah berbulan2 tak jumpa. Sebenarnya aku dah mula rasakan perubahan itu dari awal, mungkin itulah naluri seorang wanita. Tapi aku tak pasti. Biler kami jumpa balik masa DPA, hati aku smakin kuat mengiyakannya.. hinggalah sampai tahap dia sendiri bterus terang. Dia punya cara bterus terang pun cam orang serba salah. Frust ker aku? Tak boleh tipu, sedikit ada. Tapi nak wat camna kan.. Sabar jer lah lagipun aku akan terus menghadap muka yg sama 6 bulan ni. Dan entah malang apa, kami dipertemukan terus dalam satu sidang, satu platun, satu watch... ishkk.. kalau tak sabar, mmg syahid dibuatnya. Dah ler nak btunang betul2 sehari sebelum birthday aku.

Aku tak tau apa yang sedang dia rasai skrg, serba salah? Tak kot.. pasal kami pun bukannya pernah declare ada special bond pun. Sendiri simpan lah. Tapi aku cuma harap, dia teguh dgn keputusan yg dia dah buat. Kalau betul lah dia pernah suka kat aku, harap janganlah dengan berjumpa selalu dgn aku di DPA ni akan mengubah hatinya sekali lagi. Janganlah kecewakan akak tu. Aku tak apa2 dan akan terus tabah macam selalu.. ishk syahdu plak ayat aku ni.. entahapa2 entah. Yg penting, aku akan tetap doakan kebahagiaannya dan tetap akan jadi kawan yg baik, Insya Allah.

Dahlah.. entah baper ringgi aku nak kena bayar cc ni.. chow dulu..

p/s : entah naper, tetiba hati aku ni rindu benar dan disiat2.. nak sangat balik Johor jumpa mak abah..

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!