Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

1:34 p.m. - Saturday, Jan. 14, 2006
Masih Dalam DPA
Again, back to my office.

Hari ni balik opis untuk cari maklumat sikit untuk wat assignment bagi modul yang baru lepas. Petang ni nak kena rush balik ke intan untuk prepare itu ini. Esok, my sidang will be going to PULADA Ulu Tiram for our Tentera Module.

Assigment untuk modul minggu lepas kena submit lagi sebulan, but i want to make it quick, takut banyak lagi assigment akan datang. Besides, aku nak wat assigment ni sebaik mungkin. Ye lah kan, dah ler tak menonjol dalam kursus, tang assignment tu kenalah wat power2 sikit.

Aku masih lagi macam dulu, masih tcari2 diri diri sendiri dalam DPA ni. Aku rasa jauh sangat dari orang lain, especially tang pendirian dan pemikiran. Dan aku rasa bsendirian dalam nak membentuk jati diri yang aku cari selama ni. Someone yang aku harap dapat jadi pendorong dan penyokong aku selama, nampaknya semakin jauh. Sedih sangaaaattt. Sebab itu aku kena kuatkan semangat.

Aku tau aura islamiah dalam DPA ni tsangat kurang. Aku masuk Biro Agama kononnya aku nak kan environment yang baik untuk jiwa aku sdiri. Tapi malangnya aku lupa yang itu semua hadir dgn tanggungjawab dan aku tak terdaya menanggungnya. Baru2 ni semasa majlis ceramah sempena Aidiladha, aku tewas. Aku kesal kerana berdiam diri seumpama orang yang dayus penakut walaupun kemungkaran blaku depan mata. Aku cuma mampu menangis.

Aku masih berusaha dan akan terus berusaha. Biarlah apa jua yang mendatang. Aku tak mau lagi memanjakan diri. Biarlah susah, biarlah lara dan duka yang menunggu.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!