|
|
|
12:49 p.m. - Thursday, Dec. 22, 2005 Pergi JPA 3 hari dgn tujuan nak belajar, so tak der menda sangat nak dicerita kat sini. JPA tu dah lama, so derang kira dah establish, dah lengkap serba serbi, memang tak samalah ngan apa yang kitorang ada kat kementerian ni. So, dari segi yang tu, mmg tak leh nak cakap apa lah melainkan jadi orang yang jakun kejap. Oh ya, lagi satu yang best best iaitu pegawai2 lelaki kat JPA ramai yang hensem-hensem! Hahaha, dahsyat gak aku ni. Hehehe tak kisahlah.. buat cuci-cuci mata jer apa salahnya. Setakat rupa ajer, pedulik haper kan? Hati budi dia, pe'el dia, kita tak tau. Tentang DPA aku masih tak leh nak cakap apa2 lagi, tak berani nak komen apa2 lagi. Pening paler aku main tarik tali macam ni. Kejap macam leh pegi, kejap kang macam tak leh pegi, so aku tak berani dah nak komen apa2. Dan aku jugak tak berani lagi nak merancang apa2 maupun nak beli apa2 barang keperluan kursus pasal semuanya masih nampak samar2. Keputusan muktamad cuma 30hb jer lah ni, haa.. masa tu lah baru tau dan hujung minggu depan jer lah baru aku leh kelam kelibut nak berkemas apa2. Itu pun kalau jadi lah pergi. Yang penting, minggu ni aku nak balik kampung!! Tiket dah beli, kul 10 pagi dari Kajang. Balik sini 27hb malam. Pergh.. lama dah tak balik ni. Seronok gak rasanya ni. Macam2 menda aku nak buat balik nanti. Dan menurut mak, macam2 menda dia nak citer kat aku. Apa menda yang dia nak citer tu aku tak tau lah plak kan. Tak kisahlah, yg penting sekarang, pergi DPA ke tak pergi DPA ker, aku stil kena balik gak amik t-shirt, track dan topi DPA.. manalah tau kan. Kerja tetap kerja.. kena selesaikan kerja walau camna pun. Alahaii.. kalau betullah aku dpt g DPA, haru lah.. banyak dokumen perjanjian, staf dah cop nama aku, behtu tentulah aku yang kena sain. Takkan lah cop nama aku tapi yang sainnya orang lain plak. Jangan main2, ni dokumen kerajaan ni. Oklah.. sampai 30hb ni, Insya Allah aku masih leh update blog. Lepas dari tu, kalaulah aku jadi g DPA.. entah biler lagi aku nak menyentuh blog ni.
|