Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

5:37 p.m. - Friday, Dec. 16, 2005
5 PERHENTIAN
Ini bukan 7 perhentian di mana kita mungkin terjumpa hantu Erra Fazira di sepanjang perjalanan. Tapi inilah hakikat perhentian yang kita lalui dalam titian kronologi hidup kita sebagai insan. Inilah jugak tajuk perbincangan Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi yang diadakan di Parit Sulong (kampung aku tuh). Ada Ustzah Siti Nurbahyah, Dato' Noh Gadut dan lagi sorang tak ingat plak nama dia.

Jadi, kat sini nak share sikit lah kandungan forum tersebut.

Perhentian yang dimaksudkan adalah
ALAM ROH > ALAM RAHIM > ALAM DUNIA > ALAM BARZAKH > ALAM AKHIRAT
Dan peringkat alam yang sedang kita tempuhi sekarang adalah alam ketiga iaitu Alam Dunia dan masih ada 2 alam yang menanti.

Selain itu, Ustazah Siti juga mengkategorkan 5 perhentian tersebut sebagai berikut :
ALAM BAYI > ALAM KANAK2 > ALAM REMAJA > ALAM DEWASA > ALAM TUA.
Dan aku pulak sekarang berada di alam keempat iaitu DEWASA.

Akan sampai satu zaman dimana manusia mencintai dan melupakan perkara2 berikut :
-Cinta dunia, lupa akhirat
-Cinta harta, lupa harta akan dihituang kelak di hadapan Allah akhirat nanti.
-Cinta makhluk, lupa pencipta
-Cinta dosa, lupa taubat
-Cinta rumah, lupa kubur

Ciri-ciri orang yang mendapat Khusnulkhatimah dan Radhiyatammardhiyah. (kesudahan yang baik, penuh ketenangan, bertemu Allah dengan diri redha dan Allah juga redha ke atasnya)
-Mati dengan sempat mengucap dua kalimah syahadah.
-Mati dengan mengamalkan amalan2 soleh.

Cara mendapatkan Khusnulkhatimah
-Beramal dengan amalan baik
-Menjauhi maksiat / kemungkaran
-Mengerjakan amal ma'ruf dan mencegah Nahi Mungkar
-Sentiasa bertaqwa di mana2 jua.
-Berakhlak mulia
-Mengucap dua kalimah syahadah
-Banyakkan bertaubat
-Khusnuzzon (bersangka baik dengan Allah)
-Berazam dan berdoa pada Allah untuk mendapatkan Khusnulkhatimah

Semoga menjadi panduan dan amalan hidup kita. Sesungguhnya hidup ini ibarat bermusafir mencari bekalan bagi menuju akhirat yang kekal abadi.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!