|
|
|
7:14 p.m. - Wednesday, Dec. 14, 2005 Tapi itu kes pagi tadi. Petang tadi, kesnya dah jadi lain. Petang tadi dapat tengok jadual sidang utk DPA nanti. Yang pasti, jadual tu mmg scattered, modul dalaman dan modul luaran tak dikumpul sekaligus. Masa check jadual tu, KPSU ngan PPT aku pun tgk sama2. Tetiba jer bos muncul, katanya aku dah check jadual DPA ni macam petanda yang aku ni dah tak suka kat Bhgn Biasiswa. Aiseymenn.. aku tak der cakap pun camtu. In fact aku suka sgt kat Bhgn ni wlupun situasi cam kacau bilau dan tak der tempat yg tetap lagi. Bos ni suka sgt buat tanggapan bukan2 pdhal sikit pun aku takder terlintas camtu. Dah dekat 4 bulan kerja ni, mmg aku suka ngan kerja aku walaupun serba kekurangan, penuh ngan masalah. Tapi aku banyak belajar dan aku dapat banyak contact! Aku boleh bina network dengan pelbagai orang, pelbagai peringkat, student, lecturer, penaja2 dan banyak lagi. Walaupun kengkadang cam pening paler bila terpaksa menjawab ngan banyak orang, aku rasa puas biler berjaya sedaya upaya untuk membantu sekadar yang termampu. Sekurang2nya itu lebih baik dari memberikan jawapan negatif yang pastinya client kita tak dapat ke mana. Sekurang2nya masalah derang tu, one step closer to the solution eventhough aku tak berjaya bawa derang direct ke arah itu. Alhamdulillah, satu kepuasan yang ternilai biler derang begitu menghargai. Yang tak hargai langsung dan marah2 tu, aku wat dunno jer. Tapi rasa cam bodoh betullah orang yang nak menengking2 tu, padahal aku cakap punya lembut punya slow. Sajer nak tunjuk lagak ke apa? Dan petang tadi jugak, peluang aku utk gi DPA makin cerah. Bos baru balik meeting dan mengkhabarkan satu berita yg aku tak tau nak kategorikan sebagai gembira atau duka. Gembira kerana banyak tugas yg aku tgh buat skrg akan diuruskan oleh Bahagian lain, so aku rilek sikit. Itu bermakna, ketiadaan aku 6 bulan nanti, tak derlah mengundang masalah besar tambahan plak aku pun dah ada pengganti. Dukanya plak, tugas2 aku yang nak diambilalih tu aku dah buat hampir sebahagian besar, bermakna sia-sia jer lah apa yang aku buat selama ni, sia2 jerlah aku terkejar sana-sini, tanya sana-sini, last2 tak berguna pun. Tapi tak kisahlah, yg penting aku dapat jugak belajar menda baru. Alahai.. tension lah, coz nanti aku tak dapatlah tour satu Mesia coz kerja tu memerlukan aku meronda2 ke banyak negeri. Bos pun sbnrnya cam tak puas hati ngan keputusan mesyuarat tu coz mcm kitorang dah hilang kuasa. So, sekarang ni aku cuma perlu sudahkan beberapa perkara yang tak continuous jer, tentang Kajian Penajaan dan Business Plan Bahagian. Pas ni, blehlah aku sambung plan nak shopping2.. (walaupun aku tak suka shopping sbnrnya)
|