|
|
|
5:15 p.m. - Friday, Dec. 09, 2005 Al Quran yang derang promote tu mmg bagus untuk membantu kita membetulkan tajwid. Setiap tanda dan huruf di dalamnya ditandakan dengan warna yang berlainan di mana warna tersebut mewakili hukum-hukum tertentu. Dan disediakan plak panduan warna tersebut pada satu bookmark khas. Memang menarik dan bagus lah bagi aku. Tapi terus terang aku kata kat derang, aku tak mau. Pasal apa? Aku dah ada Al Quran dan rasanya aku dah tak perlu AlQuran tu lagi pasal Alhamdulillah aku masih ingat hukum2 tajwidnya walaupun tak semua, Alhamdulillah yang basic2 tu aku ingat. Sekurang2nya bacaan aku tidak hingga berubah maksud. Dan yang paling pentingnya adalah aku ni tengah mencari Al Quran yang siap dengan tafsir dan PENERANGAN. Setakat tafsir tu aku ada. Tapi aku membaca tanpa guru dan penerangan yang jelas, rasanya macam tak lengkap. Rasa macam tak der effect apa2 pun baca macam tu jer. Aku suka nak refer pada hadith kedua dalam kitab Imam Nawawi. Ada disentuh tentang Al Quran dulu dan sekarang dari segi orang yang membacanya. Kalau orang zaman Rasulullah dan sahabat, mereka mendahulukan amalan-amalan dan hukum di dalam Al-Quran berbanding memperbaiki bacaan dan menghafaznya. Dinyatakan akan berlaku satu zaman di mana manusia lebih kepada memperbaiki bacaan dan menghafaznya tetapi segala amalan dan hukum yang dituntut di dalam Al-Quran itu diketepikan pula. Dan melihat pada situasi zaman sekarang, begitulah senarionya. Tengok pada contoh Al Quran yang dijual tadi tu lah. Jenuh jugak aku mencari naper aku tak jumpa satu buku yang menerangkan kandungan Al-Quran secara komprehensif supaya senang aku baca dan faham. Bukan nak kata Al Quran macam tu tak bagus tapi memang sangat bagus. Tetapi kita kenalah selaraskan bacaan dan penghayatan amalan suruhan di dalamnya. So, masa budak-budak penjual tu promote, instead of derang membebel.. derang pun kena bebel dgn aku. Yang lagi kelakarnya, budak-budak tu langsung tak bleh nak baca jawi biler aku suh derang tengok satu perenggan dlm kitab Imam Nawawi tu. Then, apa citer? Dua buah buku yang derang promote pun aku suka, tentang kisah para nabi yang pada aku cukup comprehensive dan buku tentang malapetaka menjelang akhirat. Untuk permulaan, aku rasa nak beli jer buku para nabi tu, baca yang indah-indah dulu tentang Islam. Then barulah baca tentang malapetaka tu untuk menginsafkan kita, bagi aku itulah cara tarbiah yang terbaik. Tapi agaknya memang tak der rezeki budak2 tu, tiba-tiba datang guard halau derang. Dan aku insaf kejap, sedangkan buku yg aku tengah ngadap ni pun suku pun tak sampai lagi lepas beberapa minggu, inikan plak nak beli buku baru.. perghh.. Sebenarnya ari ni aku plan nk citer pasal artikel yg aku petik dari majalah Anis bulan ni. Tapi tup2 dah ilang kena pinjam ngan Ida.. so tu yg kuar topik ni plak. p/s: teringat topik ehwal Islam malam tadi.. hehe lawak rasanya biler cam terkena2 kat batang idung.
|