Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

9:29 a.m. - Monday, Dec. 05, 2005
Tak terlintas pun nak melanggar fitrah & sunnah
“ Sekiranya tiada cinta insani untukmu.. cukuplah cinta ALLAH pesuluh hidupmu.. kelak akan ada cinta dari insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintamu terhadap ALLAH.. Kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kau miliki. Bertemu dan berpisah kerana Allah. “

Agak melankolik bunyinyer.. tapi terkandung dalamnya pelbagai pengertian yang harus diambil iktibar dan buat renungan. Tiba-tiba hati aku tergerak nak membincangkan topik seperti ini. Hemm.. bukannya nak berbahas atau nak berdebat tapi sekadar menyuarakan pendapat sedaya upaya dengan kaedah yang telus.

Terus terang, aku tidak berapa suka membicarakan topik-topik seperti ini. Bagi aku, soal kasih sayang dan jodoh (dalam konteks hidup berpasangan) adalah sesuatu yang sangat eksklusif untuk aku suarakan secara terbuka. Bohong lah aku kalau aku katakan dalam usia 25 tahun ini, aku tidak berkeinginan untuk mempunyai keluarga sendiri, tipulah aku kalau aku katakan aku tidak pernah ada naluri untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah kepada bakal-bakal insan-insan istimewa itu. So, kenapa tiba-tiba aku solah-olah melanggar prinsip dengan menulis tentangnya dalam entri ini?

Sebenarnya ini adalah sekadar reaksi dari satu perbincangan dengan seorang sahabat. Aku tidak mau disalahanggap sebagai seorang yang melanggar fitrah atau menafikan sunnah. Aku maklum tentang betapa bergandanya pahala amal ibadah insan yang telah berkahwin berbanding yang bujang. Harapan tetap ada tetapi sejauh mana ia akan tercapai itu hanya Allah yang tahu. Aku tidak mau mengharap pada sesuatu yang tidak pasti kerana jika hampa, hanya Allah yang tau betapa remuknya hati ini nanti.

Bukan tidak pernah berusaha, pernah mencuba dengan sedaya upaya mengikut landasan yang Allah gariskan, meniatkan hati hanya kerana Allah, memilih seseorang yang diharapkan dapat membawa aku ke jalan Allah. Perjalanan itu memang hampir sempurna, tetapi qada’ dan qadar Allah menentukan itu semua tidak ke mana. Kelmarin, dia telah selamat dinikahkan dengan seorang insan lain yang Insya Allah pastinya jauh lebih baik dari aku. Aku tidak terperanjat dengan berita itu walaupun perkhabaran tidak datang dari mulutnya sendiri. Pada mulanya aku mmg mampu bertenang tapi seketika kemudian aku tewas. Alhamdulillah akal yang waras berjaya membawa aku kembali tenang. Mungkin itu lah yang terbaik untuk dia yang telah Allah takdirkan. Aku cuma mampu mendoakan dari jauh agar mereka berbahagia.

Kerana itu juga, aku cuba menggagahkan hati agar redha sahaja pada ketentuan Allah. Usaha aku kini hanyalah sekadar menyiapkan diri menjadi insan yang terbaik supaya Insya Allah janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga. Kalau tak ada jodoh pun tak apa, kerana jodoh itu pun bukan sesuatu yang pasti, ajal itu lagi pasti. Biarlah itu yang menjadi pedoman hidup aku hingga ke akhirnya. Sebab itu, aku sentiasa merawat hati dengan membaca kisah2 alim ulamak yang mengabdikan diri ke jalan Allah dan tidak berkahwin hingga akhir hayat. Aku tau aku bukan setaraf mereka, tetapi setidak-tidaknya aku ada hasrat yang murni. Jika Allah takdirkan aku tak der jodoh ke akhir hayat, aku masih boleh bertenang dan terus menggandakan amalan supaya apa yang aku tak dapat dari hikmah perkahwinan tu dapat aku cover balik. Ok aper?

Mungkin ada unsur-unsur peribadi di sini (mungkin akibat pengalaman lepas), tapi percayalah aku tidak pernah berniat untuk melanggar sunnah Rasulullah. Tapi biarlah semuanya ikhlas kerana Allah dan sesungguhnya mendapatkan keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah, aku sedar itu. Buat masa ini, biarlah mutiara kata di awal entri ini menjadi pegangan hidup aku. Biarlah cinta manusia sekadar peneman untuk sama-sama menggapai kasih Allah. Jika tiada pun, Insya Allah tiada masalah untuk aku melangkah sendirian ke arah itu, Insya Allah. So, orang nak kata apa pun, katalah. Nak kata aku cerewet ker, demand ker, tak kisah. Ini hidup aku, dan aku hidup bukan untuk dunia sahaja. Begitu jugak kalau aku kawin pun bukan untuk sekadar peneman di dunia jer. Biarlah kami saling menyokong dan berteman menuju ke syurga Allah walaupun confirm kat syurga nanti, suami aku tu akan dapat jugak bidadari lain.. :) hehe.

Kesimpulannya, jelas dah? Lenlaki jangan asyik risau kan naper aku tak kawin-kawin sampai sekarang. Aku rilek jer apa. Satu lagi yang aku pegang, orang yang sabar akan dapat yang terbaik. Sedangkan berlian yang paling indah itu pun terbentuk setelah beratus tahun lamanya.. so? Kalau korang paham, dats good enuf. Kalau tak paham jugak, den nak buek camno laie? hehe

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!