Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

8:23 a.m. - Friday, Dec. 02, 2005
Baik di balas baik, jahat dibalas ... ?
Aku masih nak refer pada mutiara hikmah semalam. Tapi kali ni aku nak refer pada diri sendiri lah pulak. Aku tengah berusaha keras ni nak cuba menjadi seorang yang tidak berdendam dan redha dengan apa yang orang lakukan pada aku. Yang baik, aku bersyukur tapi kalau aku disakiti, dianiayai, betapa payahnya nak memujuk hati agar tetap tenang dan berfikiran positif seolah-olah tak der apa yang berlaku.

Dah banyak kali lalui, sepatutnya aku jadi betah, jadi immune dengan itu semua tapi mungkin jiwa yang agak sensitif atau hati aku sendiri yang memang semulajadi mudah terasa yang menyebabkan aku mudah terusik. Tentang apa? Aku benci bila dibanding-bandingkan dengan orang lain. Aku rasa seolah-olah aku tidak dihargai kerana diri aku yang satu ini. Kenapa manusia sukar nak terima yang setiap orang itu berbeza, ada cara dan pendirian sendiri serta ada keistimewaan masing-masing.

Di tempat kerja lama, aku pernah dibanding-bandingkan dengan pegawai lama yang berkhidmat di jawatan aku. Bengang memang bengang tapi hari demi hari aku berusaha keras dan berjaya buktikan yang aku dengan diri aku yang satu ini mampu berjaya dengan cara sendiri. Sekarang plak ? Agaknya mmg lumrah berpindah di tempat baru. Bos tetap bos, itu hak dia nak menilai aku, dan aku dapat rasa bila hari demi hari bos dah dapat terima aku dengan diri dan cara aku sendiri dan dia tak complain malah tak der masalah dgn cara aku (walaupun sblm ni dia ada jugak dok compare aku ngan pegawai lama dia).

Tapi biler orang dari bhgn lain, yg punya gred lg rendah dari aku pun berani nak komen, nak banding-bandingkan aku, bengang tak benganglah. Kononnya yang lama tu lagi bagus. Kononnya kalau ada yang lama tu lagi senanglah, konon kalau yang lama tu takkan ada masalah, yang lama tu boleh buat macam-macam. Dan aku? Tak reti buat apa2? Ya Allah Ya TuhanKu, tabahkanlah hatiku, jauhkanlah dari sifat yang tidak kau redhai iaitu berdendam!

Pegawai lama tu dengan aku memang tak sama. Memang jauh berbeza macam langit dengan bumi, sesiapa yang kenal kami berdua tentu bersetuju. Aku pelik. Mentang2 aku jenis tak melayan (org yang komen tu) baik2, tak der gurau2, tak selalu ajak kuar makan.. so aku terus dilabel tak sebaik yang lama? Bukan takat yang dia kata depan2 aku, yang belakang2 pun ada lagi rupanya yang lebih menyakitkan hati dan mencabar maruah serta kewibawaan aku. Alhamdulillah aku masih punya kesabaran. Alhamdulillah aku masih boleh berlagak selamba seolah2 tiada apa yang berlaku. Kalau dia rasa komen2 tu akan buat aku berubah, Insya Allah tidak, maaflah.

So, aku rasa ini adalah langkah awal yang terbaik untuk aku memupuk keteguhan hati. Cabaran yang Allah turunkan untuk aku bagi menguji sejauh mana aku boleh menjaga hati dari terus terjerumus ke arah perkara2 yang akan merosakkan jiwa. Aku harus mendidik hati untuk terus berfikiran positif, terus sabar, terus tenang dan redha dengan apa yang berlaku di sekeliling. Selagi aku boleh bersabar, aku bersabar. Dan selain bersabar, jika betullah aku di pihak yang benar, aku bertanggungjawab untuk menyuarakannya supaya dia insaf dan tiada lagi orang lain yang akan menerima nasib yang sama dengan aku.

Insya Allah, kalau aku mampu melakukannya, satu kejayaan besar bagi aku. Kejayaan menumpaskan hasutan syaitan dan nafsu, musuh paling hampir dengan aku sekarang.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!