Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

3:25 p.m. - Monday, Nov. 28, 2005
Hakikat hidup seorang Hamba Allah
MUTIARA HIKMAH HARI INI

‘ NAFSU mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya, AKAL mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu & kepandaiannya, HATI mengatakan perempuan itu cantik atas dasar iman dan akhlaknya. ‘ sumber – myikim.net

Penilaian seorang perempuan dari kacamata kaum Adam mungkin. Tetapi berapa ramai yang mengikut kata NAFSU, berapa ramai yang menurut kata AKAL dan berapa ramai pula yang bersetuju dengan kata2 HATI. Yang pasti, kebenaran kata2 ini mungkin tidak hanya sehala tetapi senario yang sama terlibat apabila berbicara tentang penilaian perempuan kepada lelaki pula.

NAFSU, sering tersilap haluan akibat dorongan syaitan yang tidak berhenti menyesatkan. Yang pasti nafsu mengarah kepada sesuatu yang bersifat sementara. AKAL pula mungkin sedikit bijak dari nafsu. Ilmu dan kepandaian yang Insya Allah membawa kesenangan untuk tempoh masa yang lama. Persoalannya, ilmu dan kepandaian yang bagaimana? Adakah ilmu dan kepandaian yang dimanfaatkan untuk tujuan amal kebajikan atau ilmu yang setakat indah terukir di kertas dan manis di mulut semata-mata? HATI melihat iman dan akhlak, tetapi hati yang bagaimana? Masihkah mampu menyelami iman dan akhlak jika jiwa penuh dengan noda hitam? Masihkah iman dan akhlak menjadi keutamaan sekiranya nafsu mendominasi diri dan menenggelamkan hati yang lumrahnya inginkan kemurnian iman dan pekerti?

Terlalu abstrak untuk difikirkan, tepuk dada tanya iman. Bagi aku, aku ingin menjadi perempuan yang cantik dipandang oleh AKAL dan HATI. AKAL dan HATI yang murni berlandaskan satu jalan untuk mencari keredhaan Allah. Aku memerlukan AKAL untuk membentuk keteguhan hati, AKAL yang mampu berfikir, menyelami ilmu ALLAH untuk bekalan HATI sepanjang perjalanan sisa hidup aku di dunia ini.

Memuhasabah diri, aku dapat merasakan diri ini yang terlalu lemah dalam meniti hidup. Hidup aku hanya menurut sahaja jalan yang terbentang di hadapan mata dengan anggapan semua yang dihadapkan dihadapanku itu telah ditakdirkan dan aku hanya perlu melakukan yang terbaik tanpa terpesong dari batas syariat. Kelulusan pengajian, pekerjaanku, semuanya lebih kepada keduniaan. Aku sedar aku mampu mengaplikasikannya ke jalan yang lebih diredhai dengan sedikit manipulasi. Tetapi aku juga sedar aku tidak sekuat mana untuk menyeimbangkannya. Sebagai seorang perempuan, aku menyedari kelemahan diri yang rasanya tidak mampu untuk menyeimbangkan pelbagai perkara dalam masa serentak. Sedangkan ilmu akhirat di dada pun masih terlalu sedikit, masih terlalu jahil rasanya diri ini. Kadang-kadang aku merasakan yang aku tidak cukup kenal dengan agama yang aku anuti ini. Memalukan bukan?

Membaca kisah para wali, alim ulamak.. betapa kerdilnya rasa diri ini. Mereka menempuh pelbagai dugaan, merentasi benua, merempuh masa berpuluh-puluh tahun lamanya semata-mata memenuhkan dada dengan ilmu Allah. Sedangkan aku? 7 tahun di sekolah agama dengan tujuan lulus mendapat sijil semata2, tanpa mengetahui hakikat sebenar dalam ilmu-ilmu yang dipelajari itu. Lebih memalukan, Al Quran yang aku baca sedari kecil itu pun aku tidak tahu maknanya! Apalagi hadis-hadis dan sunnah. Sebagai seorang muslim, itu lah sepatutnya pegangan aku sepanjang hayat. Jangan kata menjadi pegangan, memahaminya pun aku tidak! Umat Islam seperti apalah aku ni.

Terasa 25 tahun telah berlalu dengan penuh sia-sia. Masihkah mampu aku menebusnya kembali? Itulah yang aku inginkan. Dan untuk memenuhinya banyak perkara yang perlu aku fikirkan, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Bersediakah aku untuk itu? Aku kena paksa diri. Paksa diri ini sepaksa-paksanya kerana diri ini sendiri bukan milik mutlak aku. Aku tak mau terus menganiayai diri. Aku tidak mau amalku hanya AMAL HAMBA yang takut kepada blasan Allah atau AMAL SAUDAGAR semata-mata untuk mengejar syurga Allah. Aku mahukan AMAL SEORANG YANG MERDEHEKA, amal kerana malu pada Allah, kerana melaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran. Dalam usaha tersebut, satu perkara yang perlu aku tangani yg menjadi masalah besar aku dari dulu sampai sekarang iaitu istiqamah.

Semoga kali ini jalanku benar2 diredhai Allah.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!