|
|
|
5:34 p.m. - Wednesday, Nov. 09, 2005 Amacam hebat tak hebat tajuk entri aku kali ni. Entahlah semalam punya kes lah ni. Seriously aku pun tak tau camna pagi2 buta semalam aku leh pi masuk website Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Betul2 aku tak ingat, ishk.. strange betul rasanya. Tetiba jer hati aku menggerakkan tangan aku untuk membrowse website tu. Semacam ada kuasa plak. Adakah kerana semalam aku dah mula berimej baru? Imej baru? Imej lama sebenarnya, cuma beberapa tahun ini diketepikan atas lemahnya hati dan iman yg aku dukung selama ni yg tunduk dengan tuntutan keadaan. Di sini hati aku mula berkata, otak aku mula berfikir. Betapalah pemakaian kita ni ada meninggalkan kesan pada tingkah laku dan pemikiran. Adakah tingkahlaku dan pemikiran tu disebabkan tak mau malu, bimbang dikatakan tak sepadan dengan pemakaian? Entahlah aku pun tak tau. Tp pemakaian seperti ini buat aku rasa secure dan bebas bergerak.. tak der lah nak terkepot2 nk cover sama sini. Dan biler dah macam ni, naluri semulajadi menyentak hati untuk lebih berhati2 dalam menuturkan kata2, baik dari segi isi kata mau pun intonasi suara. Aku tau aku tak perlu tunggu lebih lama. Usia hidup ni pun masih belum tentu lagi. So, back to this zakat topic. Ekceli aku dah register untuk potongan gaji untuk zakat pendapatan masa kat company lama lagi. Tapi biasalah company cina, tak amik kisah sangat. So, belum sempat diproses aku pun dah blah. Jadi ada baiknya niat murni itu diteruskan di sini plak. Lagipun baru aku perasan yg kat blkg cermin keta aku ni ada sticker MAINJ berbunyi Zakat Menyucikan Harta, tak ingat plak dari mana aku dpt. Sticker dh terpampang tp aku sendiri tak berzakat lagi apa kes? So, semalam petang aku meronda mencari PPZ cawangan Putrajaya dan dah selamat pun aku pergi mentaksir tghari tadi. Malangnya Kak Su Bhgn Kewangan kata dia dah siapkan sumer proses gaji smpi tahun depan. So, klu aku nk wat potongan dia suh tunggu bulan Mac, alahai lamanya.. kesian aku. Tak perlah, aku dah daftar, so untuk smntara aku akan bayar manually guna channel-e dulu. Kira punya kira zakat pendapatan yg aku kena bayar dari thun 2002 smpi 2005, aku kena lebih kurang RM1050.00. Aku dapat perhatikan yg orang Islam skrg tak berapa mengambil berat tentang zakat pendapatan ni. Kebanyakan mereka rasa yg mereka tak perlu berzakat kononnya tak der kelebihan harta. Itu yg salah. Aku dulu perit jugak kena basuh ngan ustaz dari MAINJ masa kat Johor dulu. Kebanyakan orang rasa yang kita dah tlalu banyak tanggungan, contoh nk bayar umah, keta, saham dll. Tapi kita tak tau apa yg kita hutangkan itu adalah semata2 untuk bersenang2. Kereta, saham dll tu bukannya perbelanjaan asas hidup kita. Aku ingat sgt ustaz tu cakap, perbelanjaan asas yg dikira itu adalah perbelanjaan yang tanpanya kita tak leh hidup. Tanpa keta dan umah pun kita leh hidup kan? So itu semua perlu ada bahagian untuk dizakatkan. Pembayaran zakat ni mudah, tak cerewet macam LHDN. Aku ingat dulu masa nak settlekan income tax jer, aku kena mengadap pegawai tu dekat 2 jam, abis dikoreknya segala menda. Tp zakat tak, itu urusan kita dengan Allah. Sebaiknya biarlah apa yg kita zakatkan tu lebih dr yg sepatutnya, psl kita sendiri tak tau setakat mana benarnya taksiran kita tu. Lagi satu yg penting adalah, zakat tu membolehkan kita terlepas dari potongan PCB. Tu yg aku kalau leh mmg nk pastikan bayaran zakat aku tu melebihi pembayaran utk PCB, biar tak kena PCB langsung. PCB, kita tak pasti tentang ke mana pelaburannya sedangkan zakat itu jelas, digunakan untuk ke jalan Allah, kita tak perlu risau kat situ. Sesapa yang masuk blog ni aku seru lah. Marilah kita berzakat, bukan takat zakat fitrah tu jer. Ini yg akan menyucikan harta kita. Biar berkat, biar tiada syak. Biar apa yg kita spend, yg kita makan itu suci. Bukan untuk kita jer tp untuk keluarga kita jugak kelak. Sebarang maklumat, pergilah ke website http://www.zakat.com.my. Dah comprehensive segala maklumat tu, siap ada kemudahan pengiraan. Mmg senang jer, tp aku was-was dengan pengiraan aku sndiri dats why aku pergi sendiri suh pegawai zakat tu kirakan. hemm.. semalam kengkawan PTD aku pelik tengok aku. Klu aku jadi derang pun aku heran. Tetiba aku berubah penampilan dan bercakap plak pasal zakat, pasal haji.. (stabil jer urusan bayar zakat ni, aku nk pindah ke urusan tabung haji plak. Semoga Allah permudahkan usaha ini, Insya Allah) Oklah, kepala aku pun dah berpinar2 plak ni. Nak balik. Wassalam.
|