|
|
|
5:14 p.m. - Tuesday, Oct. 11, 2005 Sat tadi, xhousemet aku tepon dari Pasir Gudang. Hemm.. rasanya nak singgah PG nnt masa cuti raya. Huwaaaa!! Aku cuma dpt cuti smpi 6hb jer. 7hb bos aku dh block psl pegawai2 lain yg dah kawin summer extend cuti smpi 2-3 hari. Tak puasnyer raya !!! Besok aku akan pergi majlis buka puasa bersama menteri. Free, tu yg aku tak pk panjang tu. 13hb ni plak buka puasa yg free jugak kat INTAN Bt Kiara, makan jer free, transport kena sendiri2. 22hb ada majlis reunion buka puasa PTD batch 1/2005. Yang tu confirm aku tak pegi lah. Yer lah satu kepala RM30 mana nak cekau duit, transport lagi.. pergh.. Tak kisahlah kalau depa nak kata aku ni tak mingle2 ker haper ker. Aku dari dulu mmg cam tu pun. Ada pun sama, tak der pun orang tak heran.. hehehe. Setakat nk mingle2 yg takder pekdah ni mmg aku malas. In fact aku rasa I dun belong to this group. I mean PTD nilah. Tengok masa PTD Unggul jer aku dh dapat rasakan. Tak der aura islamiah dalam kursus ni. Sosial lebih2 dan asyik kepada unsur2 hiburan. Apa ni sumer? Bosannya aku! Pengisian rohani langsung tak der. Ini ker pemimpin Islam Hadhari? Kalau tak pk yg aku dah perabis tenaga nk join PTD ni, rasanya dah lama dah aku quit. Manalah aku tau PTD macam ni. Sebab tu, aku rasa lebih bersyukur andainya aku diletakkan di peringkat2 negeri yg mana aku lebih dekat dgn rakyat. Duk peringkat pusat ni membosankan, deal dgn orang2 tinggi yg protokol sajer lebih. Aku bukan tak der pendirian, tp aku pun bukannya kuat sgt. Buatnya kebiasaan yg berlaku di sekeliling menjadikan aku terpengaruh, terikut2, camna? Entahlah.. Kalau inilah yang akan terus berlaku, aku tak janji yg aku akan stay dlm government ni sampai berpuluh tahun. Entah2 tak sampai 10 tahun, silap2 ari bulan abis kontrak 3 thn aku dah cabut hahaha. Aku bosan dgn terlalu banyak kerenah birokrasi. Balik raya ni aku tak tau nak naik apa lagi. Memula nk naik bas, pastu tetiba mencuba nasib untuk bertanya dgn member2 ptd ttg sesapa yg nk balik JB untuk car pool. Last2 hampeh betul, dah kumpul2 orang, aku plak yg nk ditinggalkan. Kureng betul rasanya padahal aku yg start dulu topik car pool ke JB ni. Ni lah kalau jadi orang low profile. Dan aku bukak lagi tawaran car pool ke JB. In fact, aku mmg dah niat nak me 'low profile' kan diri sepanjang DPA dan among PTDs. First mungkin pasal aku tak sealiran dgn kebanyakan mereka. 2nd, aku cuba nk mengurangkan dosa dgn mengurangkan bercakap. Itu jer. hahaha.. aku nk kasi tau lah sesapa yg nk jadi PTD, kalau anda bertudung labuh, hapuskanlah niat tu. Aku ni pun mmg agaknya rezeki, masa interviu aku pakai tudung biasa2 jer. Walaupun masa PAC ada beberapa orang yg btudung labuh, tp tak der sorang pun yg pass smpi DPA. Benci2 pun, aku tetap bersyukur dgn apa yg aku dpt skrg. Memula aku rasa sedih gak psl ditempatkan kat Bhgn Biasiswa sedangkan member2 lain dpt kat bhgn yg nama punya grand cam Bhgn Perancangan & Penyelidikan, Pengurusan & KHidmat Korporat, Kewangan dll. Aku sorang jer kat Biasiswa. Tp last2 aku bersyukur teramat2 bersyukur pada Allah. Aku dpt collegues yg betul2 baik dan saling menghormati, begitu juga dgn bos yg bagi aku cukup penyabar, bleh mingle2 ngan staf dan yg paling penting, dia islamic skit. Tu yg tiap2 Jumaat kami ada sesi tazkirah kat bhgn. Berbeza dgn apa yg selalu dirungut oleh member2 kat bhgn lain. Dan lagi satu, aku rasa honoured, rasa mulia kerana bekerja dgn sesuatu yg merupakan kebajikan, membantu anak bangsa melanjutkan pelajaran. Aku bangga dgn bhgn aku. Cuba bayangkan, pelajar masuk mendaftar sesi Julai 2005, bulan Oktober 2005 derang dah dapat duit, tak cepat ke tu? Aku klu diberi pilihan, malas dah nak pindah2 bhgn, cukuplah kat sini jer Ni aku baru balik dari meeting di Kementerian Pelajaran. NI lah padahnya kalau 'ada pegawai serupa macam tak ada pegawai' hehe itu ayat bos aku yg refer pada KPSU. Pasal KPSU selalu tak ada, asyik aku yg kena wakil pergi meeting itu ini. Meeting kat KPM dah dua kali aku wakilkan. Bos pun pergi jugak tp dia masuk kejap jer then tinggalkan aku kat situ, sian aku. Ngantuknya mata Allah jer lah yg tau. Ni yg tak bestnya pi meeting waktu puasa, tak der makan2. Oklah, aku pun dah nak balik ni. Badan dah tak larat, lesu semacam jer.
|