|
|
|
1:01 p.m. - Thursday, Oct. 06, 2005 Hari ni, bertambah lagi kerja. Tu yang fobia tul biler kena panggil ngan bos. Kerja yg sedia ada pun lum settle. Haha tau byk kerja, nk jugak menaip entry yer? Yer lah, skg kan waktu rehat, takkan nk wat kerja kot. So, mehlah membazirkan harta rakyat muahahaha.. (Setan sesat tak kena rantai lah ni) Semalam aku berbuka ngan abang. Kami makan di restoran jer selepas mengeluarkan duit yg mak bank in utk kitorang. Memula plan nak pergi param kat bangi tp traffic mmg tak mengizinkan, dah tu ujan ler plak. Sampai2 kat bangi dah lebih dari 6.30 petang. Aku bersyukur betul pasal abang pun jenis yg punyalah berjimat cermat. Selagi ada duit belen2 yg boleh dikorek, kitorang korek. Selagi ada makanan yg paling murah tp mengenyangkan, yang itu lah kami makan. Mencompare harga macam nk beli baju. Pk punya pk sbnrnya makan kat Serdang lagi murah kot. Tp aku tak leh lah nk ke sana selalu psl kang banyak plak petrolnya. Malam tadi, aku tak terawikh, in fact aku uzur sebenarnya. Tapi hari ni aku dah puasa dah. Semalam tak puasa tapi aku tak makan apa2 pun, so penat ler jugak. So, semalam sempat bibi' mengurut kaki aku yg pernah terseliuh masa sek men dulu. Aku pun tak tau mana silapnya kaki yg satu ni smpi skrg masih tak baik2, dah 7 tahun tuh. Bibi' kata susah nak baik dah psl tak diurut dari awal. Masa memula jatuh dulu, doktor kata tak boleh diurut, cuma balut jer. Aku pun ikut jer lah. Last2 kena urut jugak, dah banyak kali dah aku urut dan banyak tmpt plak tu, tp masih cam ni. Tapi aku pun salah jugak, dah tau kaki macam tu, aku masih jugak lasak2, sendiri cari padah. Tu yang pakai kasut bertumit serendah tidak pun aku masih leh terpelecok. Sekarang plak aku tgh amalkan naik ke ofis di tgkt 5 guna tangga. Bukan dari tgkt 1 tau, dari Basement 2, So ala2 naik ke tgkt 7 lah. Konon nk exercise, tp kaki sdiri yg merana. Skrg ni, klu setakat dalam2 ofis ni jer, aku mmg tanggal kasut, kasi relax kaki.. pedulik haper kan. Baru dpt info yg adik aku akan balik raya seminggu lagi awal dari aku. Jelesnya aku ni toksah cakap lah. So, nnt aku akan balik sorang2 naik bas. Huhu, apa kes ni, nmpknya tpaksa blaja cara termurah dan tercepat nak ke Pudu nanti. Oklah, nak klik button DONE, nk tido kejap, then pi solat. Azam Ramadhan aku nak jadi perempuan yg lebih soft dan sopan santun hehehe. Tapi nampaknya nk mendadak tu mmg payah. Aku terpk, selama ni aku tak sopan santun ker ek? hehehe.. entahlah
|