|
|
|
2:09 p.m. - Tuesday, Oct. 04, 2005 Pagi tadi ada meeting dgn penaja2 luar, private dan GLC. Aku tak campur kat main table pun. Duk tepi jer smbl mengambil minit, menyambut tetamu2 yg baru datang, menyediakan handout dan menjadi perantara klu ada sesapa nk berurusan dgn org dlm meeting. Haha.. tulah nasib kuli 41. Tapi oklah, aku dpt byk jugak info ttg biasiswa2 ni. Sempat berkenalan dgn ramai orang. Paling byk borak dgn wakil dari MARA dan PETRONAS. Sajer je join menyibuk2 orang berborak. Pas tu show off skit yg aku ni former MARA student dan DAH BAYAR PINJAMAN.. hehe.. Yg tak berapa nk join adalah orang dari PROTON. Mak oii very the vogue the vast. Nama pun gempak semacam.. gerun nk dekat.. hehe Hari ni aku pegi keja masih ikut jalan yg sama yg aku sesat semalam (Punyalah degilnyeee) tp kali ni lebih bhati2 so tak sesat dah. Tp esok2 aku dh tak ikut dah rasanya coz jln yg ni byk sgt traffic light. Haha.. sajer nk show off, baru bukak channel-e dan mendapati duit tinggal RM23.75. Hehehe.. bangga giler beb. Dalam wallet ada lah duit sen2 jer. Cheh giler miskin aku. Sib baik ari ni abah janji nk bank in duit. Itupun kena share antara aku ngan Abang. Tak kisahlah. Cukupler smpi gaji. Yg mustahak bukan apa pun, petrol jer. Makan tak kisah, henpon tak kisah. Keta tu dh cam laki nombor satu aku buat masa ni. Serius rupanya baru aku perasan yg semenjak duk sini aku lum penah basuh keta tu muahahaha. Yerlah duduk kawasan camni mana nak kotornya. Lainlah dulu, aku cuci ari ni, esok dh jadi mcm keta rupa dah 14 tahun tk basuh.. tensennya masa tu, Allah jer lah yg tau. Nak basuh ari2 mana larat. Seumur hidup baru sekali jer aku anto keta tu basuh kat kedai. Yg lain2 sendiri sental. Iklan : tgh dengar midi lagu citer autumn in my heart, best. Best tul kerja, smbl kerja dgr lagu. Time tgh baik, pasang nasyid. Time nk menyetankan diri kejap, pasang lagu2 pop. Time tgh blurr alias neutral, aku psg lah midi yg aku cilok dr website t.. layan blues ahakss. To Jaja, aku tak derlah homesick sgt. Biasa2 jer.. lgpun tak der masa nk layan feeling2 ni. Mmglah aku rindu nk balik Johor tp kat sini dlm keta aku pasang radio Best 104.. hehe radio yg aku selalu pasang kat rumah time nk buka puasa. Haha.. mulalah ni nk teringat zaman dulu2 kat Johor esp masa kat PG. Biler masuk bulan pose ni, teringat bulan posa lepas aku selalu spend masa kat umah Mak Usu Ar. Petang, aku ngan Ain kat menjelajah dr satu bazar ke satu bazar, dari air biru ke taman mawar, ke kampung pasir putih. Ada satu cendol durian sedap sangat kat air biru. Pastu balik tolong2 hidang. Malam plak kitorang akan ronda masjid plak. Sumer nk di try. Dan last2 kebanyakan malam kitorang terawikh kat Masjid Jamek jer. Subuh sahur dan kemudian tengok tv, drama kat tv indon. Kalau dulu tgk drama Doa dan Anugerah, best sangaat.. Eee rindu nk tengok TV indon, selalunya bulan2 posa ni, banyak rancangan2 keagamaan yg ditayang, lg bagus dr tv2 kat mesia ni. Ni aku tgh fikir, balik raya nak naik apa? Nak bawak keta, dia punya kos tu adoiii.. Nak naik bas, nnt leceh plak klu nk ke mana2. Tengoklah kalau sebelum cuti ni gaji dah masuk, aku naik ketalah kot. Tp untuk mengurangkan kos, nak tau sgt klu ada sesapa yg nak tumpang dan share kos balik ke Johor. Lagi best kalau boleh ganti2 drive. Yerlah adik aku bukannya tau bawak keta.. So, sempena hari baik bulan baik ni. Aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Bulan yang sering mengundang kesyahduan untuk aku. Selamat Berpuasa kepada sekalian muslimin muslimat yang beragama Islam di mana jua anda berada. Jom sama2 hayati dan kejar keberkatan yg melimpah untuk kita pada bulan ni. Bagi aku, Ramadhan datang dgn satu emosi yg terlalu abstrak untuk aku tafsirkan. Secara luaran kita lihat Ramadhan sama saja seperti bulan2 yg lain. Ramadhan dijanjikan dgn limpahan rahmat, syaitan dan iblis dibelenggu, pahala amalan dilipatganda. Aku selalu menanam pelbagai azam dan keinsafan. Tp entah di mana silapnya, aku sering merasa yg aku dh mensia2kan Ramadhan itu. Semacam tak smpi barakah itu, hampir.. tapi ada dinding yang memisahkan aku utk mengecapi nikmat keberkatan Ramadhan tu sendiri. Adakah kerana niat? adakah kerana aku tak istiqamah? Dalam keghairahan nak menyambut Ramadhan, aku jadi takut pulak sekarang. Selalu blaku, di akhir2 Ramadhan, aku akan rasa bersalah sgt2, rasa mcm menyesal kerana Ramadhan akan pergi sedangkan aku masih aku yg sama. Adakah dpt aku jumpa Ramadhan yg akan datang? Kalaulah masa boleh dihentikan. Aku dah sedih sangat2 sekarang.. Dengan situasi sekarang, environment sekarang, boleh ke Ramadhan aku jadi lebih baik. Akan tercapai ke iltizam Ramadhan aku? Apa2 pun, Insya Allah aku takkan terus berfikir negatif camni dan takkan berhenti berusaha. Doakan aku.
|