|
|
|
1:23 p.m. - Monday, Oct. 03, 2005 Dua hari sebelum berpuasa. Hari ni entah apa kejadahnya yg aku leh tak perasan pagi td aku kuar main sarung sandal. Hampeh, padahal kasut btutup ada 2 kat rak tu. Adoii.. dan lagi harunya hari ni ada perhimpunan bulanan bsama timbalan menteri plak tuh cheh. Lagi hampeh tahap mencabar maruah adalah, ada sesi memperkenalkan pegawai2 baru. Ishk2 malunya.. harap2 derang tak perasan yg aku ari ni pakai sandal cabuk jer. Ari ni sekali lagi aku tersesat kat putrajaya. Bayangkanlah jalan sehala ni, klu dah tbabas tu, nk pusing balik tu bukannya senang. Apa kes aku leh tbabas smpi ke Pusat Konvensyen, adoii haii. Ni lah padah konon nk test jalan lain, rasakan ko.. sedap tak? Nak cerita pasal outstation ke Melaka. Kami btolak dari Putrajaya kul 12 lebih dan tiba saja di MITC, check in Ancasa Hotel. Eee.. tak bestlah bilik dia, dah ler kecik, soket pun ada satu jer. Mana nk charge hp, mana nak masak air, mana nak charge labtop lagi. Tp pasal dia lah yg plg dekat ngan PKNM tu, belasah jer lah. Petang kami ada raptai.. dan malam plak kami bjalan2 ke Umbai makan seafood. Ada makanan baru yg 1st time aku makan iaitu sepahat. Duduk dlm macam batang buluh, kaler putih. Rasa dia cam kerang. Memula rasa cam ok jer, tp sampai satu part, aku mmbelek dgn teliti tubuh badan menatang tu, terus aku tak selera nk menelan. Macam ulat! yek!! Malam tido lambat, menyiapkan data2 dan powerpoint utk esok. Just imagine yg kami kena bukak kaunter kat luar dewan dan kami tak tau pun yg kami kena prepare sungguh2. Biler tgk orang lain buat bsungguh2, tercabar plak rasanya. Malam tu jugak pi cari bunga, mlm tu jugak buat label itu ini, malam tu jugak buat slide. Meronda mencari cybercafe utk memprint, dah tu dpt cyber cafe plak, mamat kaunter entah mat salleh ker, entah cina ker, spikong le plak. Pastu nak rembat thumb drive aku, sekeh kang. Hehe.. mlm tu pertama kali dlm hidup aku yg aku bersungguh2 waktu mendengar pembentangan belanjawan kat TV. Bestnyaaa, ITKA utk gred 41 naik ke 300, pastu dpt COLA 150 lagi. Bulan ni plak dpt separuh bonus (yer ker dapat?). Hemm.. jauh beza compare ngan JBFM dulu. Dulu aku senang2 leh dapat 3-4 bulan bonus. Skrg, gigit jari jer lah. Majlis pelancaran berlangsung lancar, ok lah tu. Part2 berucap2 mmg aku tak layan. Part psembahan yg best skit. Psembahan dr budak2 Kolej Komuniti. Ada tarian tradisional, ada koir dan yg plg mencabar keimanan lelaki2 yg hadir adalah ada peragaan fesyen. Giler daring budak2 ni, pakai tudung, tp baju ketat nak mampus, jarang, singkat. Geleng paler jer lah aku.. Tp yg aku bengang sikit adalah perangai budak2 yg datang, tak hormat majlis lgsung. Bising dan merapu2 buat cam tempat dia. Tak tau ker, yg majlis tu ramai VIP, menteri pun ada. Abis majlis, meronda tgk pameran. Ada yg buat kek, ukiran buah2an, melukis dan lain2. Mmg kagum sungguh tgk bakat budak2 ni. Kek coklat derang, Masya Allah sedap sangaaaat. Melukis plak, memaaaaang cantik. Ukiran buah2an adoii haii.. kagum sungguh lah. Abis mengemas, kami pergi makan. Sib baik makan sesama sendiri, klu tak maunye malu aku. Aku makan mmg tak der protokol lgsung, selamba bdiri amik lauk, pastu potong kek smpt terpelanting keluar pinggan. PSU senior aku cuma geleng paler jer dan kata 'tak per nnt pergi DPA belajar betul2 tau' hahaha. Sebelum balik Putrajaya kami ronda2 bandar melaka mencari souvenir. Pastu balik. Dah sampai ofis, kejadian tak diingini berlaku pada kereta aku. Ishk bengang betul rasanya. Dah ler penat, dah ler tgh period, kena plak cam tu, bergelodak hati tu mmg tak tau nk cakap. Tapi tak nangis pun. Maghrib2 tercongok2 sorang2 depan opis tunggu acik amik. Keta dh jadi camtu, aku mmg mati kutu dibuatnya. Dah ler pakcik balik gemencheh. Dah ler duit pun tak der ni, mana nk cekau klu nk panggil mekanik settlekan. Dah ler tk ramai kawan, mmglah problem. Tp Alhamdulillah, 2 orang kawan yg aku mintak tolong mmg berusaha nk tolong. Tapi last2 yg settlekan problem aku bukan orang lain tapi adik aku sendiri. Aku tak bagitau pun Abang tapi Abang tau sendiri dari abah kat Johor. Terharu sangat2 biler pk. Ni lah aku, dari dulu asyik bgantung dgn mak abah. Biler dh jauh, aku mcm mati akal kejap. Tapi bersyukur sangat2 psl Abang ada dekat2 sini je. Aku rasa secure (mmg secure pun, pelapes tuh, tough). Wlupun aku duduk ngan mak sedara sdiri, tp tak sama ngan adik beradik sdiri. Mungkin pasal aku pun cuma 3 beradik jer, rapat sikit. And i haf a PTD fren yg mmpunyai character sama ngan Abang, lebih kuranglah. In fact, they share the same birthday, tahun jer lain. Malah colleague lama aku pernah kata, this fren muka cam Abang. Is it so? Aku tgk tak sama pun, of coz lah psl aku dr kecik ngadap muka Abang. And Jumaat lepas lagi kelako. I met this fren, kejap jer.. and colleague aku kata muka kitorang cam adik beradik. Tak ker haru? Hahaha.. ni nk kena check salasilah ni, entah2 kita mmg sedara kot.. Gtg.. bye
|