|
|
|
1:36 p.m. - Tuesday, Sept. 27, 2005 Sekarang ni, aku cuba memjimatkan perbelanjaan dgn langsung tidak membeli apa2 makanan di Putrajaya. Pagi, kuar beli kuih singgit dan nasi lemak singgit kat satu gerai kat seksyen 8 ni jugak. Sedap dan mmg bbaloi mmbelinya. Air sedap2 plak bawak dari umah. Malam plak, makan kat umah jer. Busy nya hari2 aku ni susah nk cakap. Hari ni nk print tawaran pinjaman utk fasa 2, hari ni jugak nk mengecheck data pinjaman yg akan dikeluarkan arahan pembayarannya esok. Esok plak kul 9 ada taklimat orientasi kat Bhgn Sumber Manusia, esok jugak kul 10 aku kena wakil bos untuk Mesyuarat Penyelarasan Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar kat Kementerian Pelajaran. Adeiii.. poning palo. Kenalah bagi2 tugas. Bos kena g meeting jabatan, PSU lg sorang nk kena g meeting Parlimen.. so aku kena g meeting biasiswa tu. Before Jumaat plak aku nk kena updatekan sumer data untuk dibawa ke Melaka. Alahai.. sempat ker ni. Hari Jumaat pagi ada jamuan. Petang lps Zohor dh kena btolak ke Melaka. Nasib baik PPT aku book bilik harga murah2 jer, klu dia book ikut rate M41, mampus nk mmbayar lebih plak. Untuk jimatkan budget lagi, aku tk bawak keta. Naik kenderaan kementerian jer. Ingat nk pergi sdiri, bawak abang temankan sekali coz bilik hotel tu cukup utk 3 orang, tp kenangkan duit minyak ngan tol, kenselll.. Dh smpi Melaka tu, aku terpk gak nk terus balik Johor, tp rasa tak bebaloi plak coz nnt ari ahad dh kena balik sini semula. Beh tu? Takkan raya jer nnt baru nk balik??? Alahaii.. tensennya.. Nak balik Johor!! Banyak sgt menda kat sini yg mengingatkan aku kat Johor. Yer lah, signboard PLUS sumer ada tulis Johor Bahru, mentang2 lah JB plg ujung. Melaka, Seremban tak der plak dia tulis. Pastu ada plak warung beriani gam, warung otak2 kempas.. eeeee.. nak balik!!! Lagi berapa hari jer nk puasa. Rasa sebak plak pk yg aku akan bpuasa di rantau orang. Uisshh.. melankoliknya rasa. Padahal dulu2 pun aku bukannya duduk rumah mak abah, duk menyewa jugak. Itu lain, dulu bebila jer aku leh cabut balik umah dr Pasir Gudang. Kat Pasir Gudang pun ada keluarga nombor dua aku. Kat sini aku ada abang. Tak peduli, lepas ni hari2 aku nk g buka puasa ngan abang.. baru ada feel biler ngadap muka adik beradik sdiri. Hahaha.. inilah akibatnya klu jadi orang introvert. Hidup senyap sunyi. Kalau bkawan, dgn orang itu jerlah. Tak bkembang2. Perangai pun cam tu jer lah, tak berubah2 ikut keadaan. Aku bukan taksub dgn test MBTI tu, tapi aku mmg strongly feel yg aku mmg mcm tu. Ramai org tak caya aku Introvert, tp itulah hakikatnya yg lahir dari hati yg aku tak tipu masa jwb test ari tu. Aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. That's why, klu bkawan dgn orang.. biler kena tinggal atau kena ignore, dia punya tensen tu perghh... tp aku tk tunjuklah kat orang. Nak buek camno, aku mmg lagu tu.. tp stil berusaha utk tabah dan kuat. Aku rasa klu aku jadi orang lain pun, aku takkan mudah percaya yg Rahayu Ab Rashid ni Introvert. Itulah kelebihan aku hehe, susah org nk paham kecuali org yg mmg dh lama jadi kawan aku. Dan aku bangga dgn diri aku yg ni. Aku bangga biler kawan2 kata yg aku ni dr sekolah smpi skrg tak berubah2, msh cam dulu, hebat tak? Org pandang kat luar mmg sama, tp dlm otak aku, hati aku dh kaya ngan pengalaman. Yg tu biarlah org tak tau. Agaknya sebab tulah aku pilih layout baru ni.. dgn tema Alone. Ikut hati, aku nk warna purple tp tak der, amik jerlah mana yg ada. Lagipun ada bunga daisy, bunga feveret aku tuh, so kira ok lah. Lgpun aku rasa syahdu sgt tengok bunga dasiy setangkai dlm pasu tu.. mcm kesian sgt. Oklah, dah kul 2 lebih, nk smbung buat kerja plak..
|