|
|
|
3:16 p.m. - Monday, Sept. 26, 2005 Hemm.. aku dapat tengok betapa lemahnya disiplin kat sini. Kalau kat JBFM, hampeh arr nak rilek2 cam ni. Kat sini, waktu makan 1-2. Tapi masing2 ada yang kul 2.30 baru balik. Kuar rehat plak, baru kul 12.45 pun dah kuar plak tu. Kuar masuk tak yah punch card lagi. Pergi solat entah biler2 waktu jer sesuka hati. Buat Ot plak, banyak masanya wat menda lain. Ishk2 klu aku ni bos, dah lama kena sound budak2 ni. Tengoklah sikit hari lagi. Aku tak heran lah klu macam2 orang cakap tntang staf kerajaan ni banyak mengular dan produktif. Patutlah kerja rilek. Tentang kerja, nak mengecheck tu jangan harap lah. Baru2 ni, mmg aku sengaja tak lepaskan satu report setebal lebih 60 m/s yg melibatkan figure. Pasal apa, aku mmg tak percaya pada kesahihannya. Memanglah nk cepat, tapi klu ada silap sana sini yg akan malukan nama bhgn dan kementerian, itu tak bleh lah nk kompromi. So, berpinar jugak mata aku nk mengecheck satu demi satu. Sib baik lah ada background IT, so blehlah format sana sini, dan kerja mengecheck jadi mudah skit. Teringat aku klu kat JBFM tu, apa2 menda tu, nak mengecheck smpi 2-3 kali. Smpi Irene sdiri pun check. Dia mmg bkira bab accuracy ni. Aku bleh kata, staf kerajaan ni mmg manja. Kerja lbh kurang, rilek lebih. Asyik claim itu ini. Bukan aku nk mburukkan tmpt sdiri, tp itulah hakikatnya. Pastu banyak plak meetingnya. Masa meeting plak mesti ada makan2. Giler betul membazir. Bayangkanlah, satu kerja nk buat, kena form committee. Baper byk committee ada, banyaklah jugak meetingnya, banyaklah jugak makannya. Tak kelakao ke? Lagi satu yg buat aku menyampah adalah dia punya protokol dan prosedur yang cerewet nk mampus. Klu kat swasta, satu urusan kita leh wat direct with the person involve. On time. Kat sini, kena lalu situ, lalu sini, isi borang tu, borang ni, refer akta tu, akta ni. Tu yg menda kecik tapi proses leh jadi kemain panjang. Biler lama dan panjang sgt proses, mulalah cicir sana sini, cuai sana sini. Setakat ni jer dah 2 kali aku dgr staf aku komplen pasal gaji tak masuk2. Apa kes ni? Aku cuak jadinya. Staf yg dh lama pun masih problem tang gaji, inikan plak aku yg baru ni. Hai, baper bulan lah nak tunggu baru gaji masuk? Haru-haru. Dah ler claim pun kena tunggu berbulan2 baru dapat. Pengsan lah aku, keta nk bayar, keta nak petrol, aku pun nk makan jugak, hp aku lagi. kelmarin mak tepon tanyakan biler aku nk dpt gaji, nak bayar keta, suh aku bayar acik coz aku tumpang umah dia.. iskh bengang beb aku. org tgh tensen, lg bangkitkan pasal duit2 ni, pakkal jer lah itu mak aku. Ni kang nk pergi Melaka ujung minggu ni kena dulukan duit sdiri dulu plak tu.. heeeee.. bengaaanggnyaaaa. Klu camni camnalah aku nk menyimpan duit. Untuk sem depan punya yuran lagi. Setau aku lah, setakat aku dah kerja dekat 4 tahun ni, tak pernah lagi aku guna duit gaji untuk keseronokan diri sdiri. Ada jer menda nk dibayar. Sebab tu lah aku jadi cam ni. Introvert yang simple nak mampus. Memang kekampungan sungguhlah. Aku tau kalau aku jadi extrovert, aku takut terikut2 dgn gaya hidup orang lain sedangkan aku tau aku tk mampu. Aku ni, kalau orang tak belanja, jgn harap nk makan yg sedap2. Kalau orang tak hadiahkan, jgn harap aku nk pakai barang2 branded. Sebab tulah, aku rasa betul2 cam tak betah duduk area KL ni. Nak balik johor !!! Entahlah.. kadang2 menitis jugak air mata biler pk. Tapi pk2 balik, aku rasa berdosa kerana menangisi kesempitan harta dunia. Adakah rezeki tu tak berkat atau aku yg mmg bodoh mengurus diri? Aku teringat mcmmana sem ni aku dah bazirkan seribu ringgi macam tu jer utk yuran UTM tapi akhirnya aku kena jugak extend pasal aku tk dpt siapkan proposal kerana kena attend PTD Unggul hari tu. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tunjukkanlah jalan untuk aku keluar dari masalah2 ini. Amin. (p/s: Aku tgh bengang dgn sorang member.. tapi aku diamkan jer)
|