Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

1:04 p.m. - Monday, Sept. 19, 2005
rindu yang lama
My 2nd week at KPT.

2 hari bercuti betul2 cam orang tak der kerja. Jumaat lepas, balik kerja redah ke UPM amik abang dan hantar dia balik ke UPM esok paginya. Redah punya redah tapi sampai jugak. Mak abah kat umah siap tepon naper dah malam tp masih tak balik2 umah hehehe. Adik aku yg sorang ni tgh punya masalah besar. Masalah hati kot hehe antara kasih dan kasihan atau setepatnya aku nk ajer kata 'nak jadi Gigolo ker?' Ada sorang pompuan yg syok kat adik aku, kasi hadiah itu ini, belanja itu ini, even hp dan simcard ygt adik aku pakai ni pun minah tu yg punya. Parah-parah, mak aku dah naik angin. Bukan pasal adik aku ada mak we ke hape tp cara perempuan tu wat adik aku tu tak manis. Adik aku dh pening psl minah tu serius sungguh2. Aku yg tukang dengo citer jer ni pun bpinar kejap nak memikir. Aku bukannya tak nasihat, kawan jer dulu.. kenal hati budi baru leh serius2, ni tak. Kata Dr Fadzilah Kamsah, usia perkenalan kalau kurang dr 6 bulan belum memadai untuk kita memahami hati budi seseorang itu.

Hari sabtu, acik dan pak cik kerja. Aku duduk umah dgn bibik dan anak2 acik. Tak pasal2 kena pegi pasar, kena masak sumer psl acik tak percaya kat bibik masak. Basuh baju sumer then petang badan dah melepek. Hari Ahad plak acik n d family kuar pi hari keluarga DBKL, so aku duduk umah cuma menengok TV dan tidooo.. hehehe..

Hari ni puasa sunat, Insya Allah. Nisfu Sha'ban. Tadi aku ada perbincangan sikit dgn KPSU tentang meeting dgn para penaja minggu depan. Baru kul 1, tp rasa lemah tul satu badan, bilerlah nk kul 7.

Hari ni tetiba aku rasa rindu kat Johor, mak abah, adik, cik ar, kengkawan kat JBFM dan 'seseorang'. Sapa tu? kuang kuang kuang, aku sorang jer yg tau.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!