Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2:08 p.m. - Tuesday, Aug. 23, 2005
mengira2 hari
Kira punya kira punya congak punya hitung punya kalkulet, tinggal lah 3 hari lebih jer aku bekerja kat JBFM. Tadi tghari, ada jamuan makan-makan kononnya jamuan perpisahan dgn aku ler tu. Tapi cam biasa, orang lain yg lebih2 sibuknya, yang lebih2 makannya smpi guest of honour ni pun tak dpt merasa certain2 makanan, kesiankan aku? Ada lah sesi kasi ucapan, chewaah. Ucapan Hj Shahurain sebagai wakil company mmg buat aku terawang2 kejap, eleh. Ucapan aku plak cuma bersandarkan pada 2 frasa jer iaitu Terima Kasih dan Minta Maaf. Ada 2 point tu dah cukup, aku dh boleh mengarut2 dan merepek2 panjang. Yg paling aku tak caya adalah satu ayat yg aku rasa cukup bmakna dan aku tak terpk pun aku bleh cakap cam tu. 'Saya tidak perlu pergi ke banyak tempat, ke banyak syarikat kerana dgn berada di JBFM sahaja, saya telah belajar dan mendapat segala-galanya'. Emmm.. masa kasi ucapan tu, aku dapat nampak macammana Anis menyorokkan muka dan aku tau dia menangis.

Dalam masa beberapa hari ni, byk jugak aku nk kena settlekan. Esok nak ke UTM lagi, jumpa supervisor. Sambil tu, nk mintak dia jadi saksi aku dalam surat perjanjian. Jumaat, dah janji untuk banjer makan2 cik Ar sekeluarga. Nak cari barang sikit, oooppsss nak pergi amik gambo passport. Punya banyak derang nak, cam nak masuk ruangan mari berkenalan plak hehehe. Appointment facial dan resdung dgn kak ana lagi. Servis kereta pun nk wat jugak. Alahai cam tak cukup masa jer nk wat sumer tu. Dan sumer tu plak mengeluarkan duit, smpi naik bengkrap aku ni. Sib baik mak punya sporting. Aku balik mggu lepas, selamaba jer cakap, mak, duit along dah abis. Kereta tu dah makin kuat makan.. perut dia dh besar.. hehe

Cakap psl duit ni, mak dah janji sesuatu ngan aku. Sesuatu yg cam tak caya jer. Nak tau apa dia? Malu aku nk taip kat sini, tp memandangkan kat sini saper jer yg baca, yer tak? Mak kata, dlm 3 bulan pertama ni, klu aku tk dpt gaji, mak sudi nk sponsor idup aku. Once aku dpt gaji, aku kenalah bayar balik duit tu. Cam biasa jer kan? Yang luar biasanya adalah, klu dlm tahun ni aku dpt cari calon suami, hutang aku 3 bulan tu kira langsai sebagai hadiah. Cam tak caya!!! Mak aku ni mmg beria2 nk suh kawin agaknya, tak patutlah cam ni. Dia dah bosan pergi rewang kenduri, balik2 orang akan tanya biler dia nak buat kenduri.. Cheh, mak abah aku mmg lemah smgt tang menda2 cam ni, rileklah beb. Ari ahad lepas aku pi kenduri umah nenek kat Bt Ramun, kenduri mak sedara aku kawin kali kedua, serentak dgn kenduri cucu dia potong jambul, hehe.. kelako.. tapi aku suka kenduri tu psl rasanya aku cam bergiat aktif gitu, tak derlah cam anak dara konon bpangkat besar yg tak reti menolong di dapur hehe.. walupun rasanya kuarga belah nenek ni tak tau pun aku dh nak pindah keje. Yg aku kasi tau cuma kat Poksu. Rasa seronok sgt berbual ngan dia stlah sekian lama.. poksu yg punya gaya ala2 en azmi kat JBFM, poksu yg dulu2 paling banyak menurunkan ilmu2 seni lukis kat aku.

Hemm.. kelmarin, Razak collegue aku pun dh slamat dinikahkan. Colleague yg pernah nak masuk jarum sejak beberapa tahun dulu. Beberapa minggu sblm nk kawin pun dia masih nk mencuba nasib , ishk ishk tak agak2 lelaki sorang ni. Sekarang dia pun dh selamat dan aku pun bersyukur. Tapi, camni lah nasib orang belum kawin, kuar mulut singa, masuk mulut buaya. Sorang demi sorang menjengahkan diri. Minggu lepas budak dari LHDN, minggu ni plak budak Telekom KL. Mmg malang ari ni bos aku tak dtg dan leaseline plak bermasalah, tpaksalah tekejar2 nk settlekan network yg dh down smpi ke kempas ni. Masa buat report call ke Telekom KL, mamat pegawai khidmat pelanggan tu sempat plak nak bekenalan. Tak cukup tu, dia bleh plak tepon lagi lepas tu. Maaflah, klu tak der hal, mmg aku tak layan. tapi psl nk mintak tolong dia pcepatkan proses baik pulih network tu, layankan jer lah, aler cuma layan tepon jer, tak luak apa. Lg pun bukan taste aku kot, paling pantang orang bkenalan, dia nk tau tinggi berapa, kulit kaler apa. rasa nak hempuk jer kasi penyek orang cam tu. Aku ni dh malas nk pk2 sgt menda camni. Saper rasa dia berkenan, testlah masuk minang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam hehehe.. sila berbuat demikian sebelum aku mengambil keputusan untuk menyerahkan hal2 mencari jodoh ni kepada mak dan abah.. kuang kuang kuang.. (i cant believe that i had just said that sentence, awful!)

Oklah, nk wat kerja.. ececeh.. dh nk berenti ni masih bkobar2 cik kak ni.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!