Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

9:10 a.m. - Friday, Aug. 19, 2005
Learn how to say NO..
NO... satu perkataan, satu suku kata, hanya dua huruf. Apa yang susah sangat? Mungkin tak susah untuk orang lain, tapi untuk aku, hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang tahu betapalah susahnya untuk menyebut perkataan yg simple tu.

NO yg aku maksudkan adalah NO yg diucapkan apabila diminta sesuatu oleh seseorang, diminta bantuan, dan semuanya adalah selagi tidak melanggar syariat Allah. Aku tau aku takkan pandai nak menidakkan, walau apa pun situasinya. Aku tak taulah nak kata sama ada aku ni lembut hati sangat ker haper ker. Tapi ini disuarakan sendiri oleh seorang eksekutif yg aku sgt hormat seperti seorang abang kat JBFM ni. (in fact, he is just one year younger than my Abah) Dia pernah berkhidmat sbg pegawai kerajaan, jadi sebagai seorang bakal PTD, aku dinasihatkan untuk bertegas. You must know when to say NO, where to say NO, and to whom you must say NO.

Biler pk balik, sumer itu ada betulnya. Aku perlu ada pendirian kan? Hemm.. masalahnya pendirian aku dr dulu adalah tidak akan mengecewakan orang wlu apa pun halnya. So camna ni? Aku sedar, aku perlu ada determination yg kuat. Kalau tidak, aku tak akan dihormati, malah orang pijak plak kepala aku. Cheh, ni kepala bayar zakat fitrah tau.. ni kepala lah yg mak abah cium dari kecik, suka2 orang nak pijak, lempang kang! hehe

Contohnya senang sangat. Kes yg lepas ni lah, yg aku sbnrnya malas sgt nk ingat2 balik. Tapi, ingat sebagai pengajaran tak salah kan? Aku telah mengatakan YES pada tempat yg salah dan pada orang yang salah. Akibatnya, aku lah yang kena tanggung. Pedihnya Allah jer lah yang tahu. Tapi silap aku ker? Silap ker aku klu aku selalu berbaik sangka pada orang? Silap ker aku klu sentiasa tak mau mengecewakan orang? Bagi aku, apa yang ada pada aku ni adalah hak mutlak Allah dan aku perlu gunakan untuk kebaikan semua orang, kenapa lokek? Lagipun, aku pun tak tau berapa banyak amalan aku yg betul2 diterima, jadi tak salah kan kalau kita tambah amal kebaikan? Orang nak hargai ker tidak ker, lantak deranglah (eleh cakap jer, tp biler org buat bodoh, tau plak terasa hati).

Memang itulah lumrah seorang wanita, lembut hati, sensitif, malu. Dan mungkin jugak mmg i am born to be that way. Entahlah, aku tau kelemahan aku, that's why aku selalu mencabar diri sendiri. Sejak dari U smpi ke tmpt kerja, aku libatan diri dlm xtvt kepimpinan semata2 untuk improve diri aku. Mungkin ada peningkatan tp masih tak cukup untuk praktikalnya. Aku mmg sangat kagum pada orang2 yang ada determination, ada prinsip. Sebab tu lah, aku mmg salute and admire habis pada lelaki-lelaki yg berkarisma seperti itu. Aku mmg ada tekad dalam hati yg aku simpan dari dulu, klu aku kawin, aku akan cari lelaki seperti itu untuk mengimbangi kelemahan aku, untuk bimbing aku agar tak tersilap langkah dlm hidup.

Klu aku terus camni, aku jugak yg merana. Kerana aku akan cuba tunaikan permintaan orang wlupun sbnrnya aku ada kekangan, wlupun sbnrnya nanti aku sendiri yg dapat susah. Aku rasa aku terlalu reserve dlm byk hal, wlupun aku cuba sbnrnya untuk bersifat terbuka. Orang mintak tolong, orang ajak, aku ikutkan. Orang buat aku tak puas hati, aku buat diam jer. Tak cam berpinar kepala biler terkumpul dlm benak ni. Apa sudah jadi?? Tak yah amik contoh jauhlah. Mlm tadi, aku asalnya nk stay umah nk wat assignment, tp kawan lama masa sekolah ajak dtg rumah, kononnya kali terakhir sblm aku berambus dr pasir gudang ni. Aku pk, balik mlm nnt aku leh buat. Dan aku pergi. Biler balik aku dh penat psl siangnya aku merayau gi JB. Biler dh penat, mata pun mintak ditutup jer lah dan assignment aku tak siap!! Pagi ni plak, aku punya berat untuk say NO tu, menyebabkan aku pusing satu pasir gudang. Pergi hantar housemate ke tmpt kerja kat Jln Timah, then, aku leh patah balik pergi Kota Masai pergi amik Anis untuk pergi kerja psl pagi ni dia tak der transport. Housemate aku bising psl kena bangun awal sikit, aku diamkan jer. Aku jadi pasif! tetiba aku rasa benci sangat pada diri sendiri! Astaghfirullah, aku tak patut buruk sangka cam ni.

Kalau ditakdirkan nanti aku akan ditempatkan di KL, aku dpt rasakan cabaran yg besar di sana. Mampu ker aku memepertahankan prinsip dan pendirian yg ada. Bandar paling besar yg aku pernah duduk pun cuma JB ni lah. Tempat paling jauh aku pernah tinggal adalah Taiping, tapi itu bandar kecil. Aku takut biler kenangkan ramai kawan2 yg dulunya masa sekolah ambil aliran agama tp biler dah ke bandar besar, terus berubah. Aku masih bersyukur, wlupun berada dlm psekitaran JB, aku masih sama spt dulu. Aku rasa bangga biler jumpa kawan2 lama, derang kata aku masih seperti dulu (aik, cam lagu exist jer hehe). Hehe.. kengkadang aku rasa, eh.. aku ni tak ikut perkembangan, tak de kemajuan. Tp itu mgkin pada luaran, otak dan jiwa aku tak kosong, ok lah tu. Entahlah, di JB aku dekat ngan mak abah. Kat KL nanti, camna? Huwaaaaa!!! Rasa nak nangis plak. Cheh, kata nak amik bidang Hubungan Antarabangsa, baru kena sikit camni dah lemah. Wake up girl!!!

Oklah, ari ni ada hungry ghost festival kat kilang ni. Nmpknya ndak tak ndak aku tpaksa jugak curi masa utk siapkan assignment. Ampun banyak2.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!