Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

5:22 p.m. - Thursday, Aug. 18, 2005
Settle kan apa yg patut
Tingal 6 hari di JBFM. Kat satu whiteboard kat admin ni, bahagian nama aku, mmg hari2 aku update countdown berada di JBFM. Anis biler tengok, mulalah muncung sedepa, leh gantung 7-8 hanger.. hehehe..

Minggu lepas, aku mmg lah tak macam orang yang nak berhenti kerja atau jugak tak macam orang nak jadi PTD. Dgn borang yang tak berisi satu hapah pun. Apa pun tak buat, yang settle cuma surat berhenti, tu ajer. Tp bebaru ni cam rasa tercabar lah plak. Orang yg asalnya berbolak balik pun dah siap segala menda, aku ni yg kononnya semangat sgt, siap nasihat2 kan orang tup tup aku yg cam hampeh.. hehe

So, minggu ni aku dah kira insaf sikit lah. Borang2 pun aku dah isi. Borang terima perlantikan pun siap courier lagi, melayang RM4.20, sedihnyaa. Isnin lepas dah pergi buat medical checkup. Kenangan betul lah, rasa cam orang bodoh jer. Dah ler kena menapak beribu batu tengah panas, kena bebel2 lagi dgn staf hospital tu. Sib baik ada sorang akak cleaner kat hospital tu menjadi penawar duka, ewwaahh. Sekerat hari, aku mmg berborak jer lah dgn akak tu, tak ingat dunia kejap hehe. Lps gi hospital, aku pi LHDN plak. Patutnya aku ada appointment dgn supervisor tp psl aku tak siap lg assignment, aku postpone ler. Kat LHDN, aku cuma dpt submit borang psl ramai officer takder, pi buat operasi. Haii.. entah biler nk siap income tax aku ni.

So, hari selasa.. patutnya aku pi jumpa supervisor, tapi tup tup, supervisor aku plak tak free. Cheh, sia2 aku amik cuti ari tu. Melepak jer lah kat umah. Ahaaa.. sms dan call dr orang yang tak dikenali. Puas aku berpk sapa lah org yg tau no baru hp aku ni. Rupa2nya ada mamat dari LHDN, nak berkenalan kononnya. Dia dpt no hp aku dr borang income tax ku, hampeh tul mamat ni. Tp bagus jugak, layankan jer lah selagi bleh digunakan. Apa lagi, kasi jek sikit, mintak dia tolong settlekan income tax aku cepat2.. huhu.. cam kasanova gitu.

Semalam, aku cuma dapat settlekan borang2 yg kena taip. 1st time belajo guna type writer elektrik, best jugak, bunyi dia sedap hehe.. dah expert dah sekaraaang. Semalam jugak, mamat income tax tu tepon pagi, konon nk settlekan income tax aku 24hb. Petangnya plak Puan Rafidah dr LHDN jugak plak yg tepon. Dia kata aku punya income dah bleh kena income tax, maaaaakk. Dia suh aku bukak fail, dtg sana atau dia akan poskan borang ke rumah, tp lmbt sikit lah. Aikk, sapa yg nk tolong aku ni? Mamat tu ker, Puan Rafidah?

So, hari ni aku pun buat dajal. Semalam En Azmi dh janji nk tolong. Kul 11 aku dah kuar ikut dia pi buat segala urusan company. Aku numpangler sekali. Gi LHDN, jumpa Puan Rafidah. Baik sgt orangnya muda plak tu, tp dah Puan. Aku yg asalnya kena tax, tp dpt perlepasan psl dia tolong aku adjust sana sini. Ok lah tu. Ari ni jugak, aku dpt surat pelepasan, cam tak caya beb. Yahuuuu!!!! Dari LHDN, pergi cop suruhanjaya sumpah plak. Pergh.. en azmi mmg baik gilozzz. So, settle segala urusan aku, settle segala urusan en azmi, kitorang smpi ofis kul 3 lebih, giler ah. 4 jam tu kuarrr!! Ni baru namanya bakal pegawai kerajaan, dah pandai bab ular mengular ni, hehehe.. (mampus, mesti ada orang marah klu baca ni). Smpi ofis, ofismate kata, en azmi bawak aku lari pi pejabat tok kadi, ahaks.. aku iyer kan ajer, mmglah lambat skit, nk pergi ujian HIV lagi..heheheh. Kalau masa kuar, aku ngan en azmi punya baik merancang apa nak jawab dgn bos, tp smpi ofis, bos pun buat tak tau jer. Biler aku kasi borang dr LHDN tu, dia pelik psl aku dpt settlekan cepat. Aku jwb jer yg aku ada boyfren kat LHDN, percaya lah tu :P. So, bulan ni gaji aku tak kena tahan, masuk cam biasa, banyak plak tuuuh.. senoroookkknyaaaa.. (lama tak eja cam tu)

Sekarang, tinggal nk settlekan borang biru ni jer. Dah dpt dikesan dah seorang pegawai kerajaan kumpulan A utk diserang. Esok2 lusa settle punyeeerr. Minggu depan, nak amik result medical checkup plak. Pas tu, blehlah settlekan segalanya. Hahaha.. nk seribu daya, tak nak seribu dalih. Cayalah yue.. hehe. Minggu depan jugak, kena sedia perut. Tak leh leh pose lah jawabnya. Ramai orang nak belanja makan ni. Err.. tak der orang nak kasi hadiah ker? hehehe..

Oklah nak balik. Dah tinggal mamat2 jer dlm opis ni. Kang tak psl2 jadi gosip plak. Gua berambus dulu.. chow..

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!