|
|
|
5:40 p.m. - Tuesday, Aug. 09, 2005 Petikan SMS panjang yang aku terima dari Akhi ptg tadi. Memula aku rasa tak ada apa2 feel lgsung. Tp biler baca 2-3 kali, aku tk dpt nk tahan diri dari menangis. Aku menangis bukan kerana rasa bsalah, tapi pada tuduhan tak berasas yg dilemparkan pada aku. Seorang yg pernah menganggap aku shbt dunia dan akhirat boleh buat mcm ni pada aku. Dia tak pernah nak ingat semua pengorbanan aku, berapa byk yg aku makan hati psl perangai dia, berapa byk aku bersabar dgn karenah dia selama berapa tahun ni. Dia tak pernah kenang semua tu. Selama ni aku tak pernah menyesal dgn apa yg aku buat apa lagi ttg apa yg orang buat kat aku, tapi untuk kali ni, penyesalan yg tak tertanggung rasanya. Aku berusaha mjadi seorang shbt yg baik wlupun sbnrnya dia pernah memberikan harapan dan berjanji lbh dari itu. Tp dia mmg lelaki tak punya pendirian. Harapan tinggal harapan dan aku cuba berbuat biasa seolah2 tiada apa yg tjadi. Kes pinjam duit ni dh lama blaku, dan aku mmg sedaya upaya nk jaga nama baik dia. Tp mulut manusia mmg tak boleh dikawal2. Aku tau dia pun tau ttg orang di sekeliling dia yg mmg ramai yg mmg melayu tipikal yg suka memecahbelahkan & menjatuhkan orang. Tapi kenapa aku jugak yg akhirnya dipersalahkan? Adakah usaha aku menjauhkan diri dari dia selama ni membuatkan dia marah? Aku selalu dikatakan sbg seorang yg bodoh kerana masih btahan wlupun apa pengorbanan yg aku buat selama ni tak pernah dia nak hargai. Malah aku rasa dia tak tau apa maksud 'Menghargai' itu sendiri. Klu nk diikutkan, klu dia malu, malu itu tak seberapa berbanding dgn apa yg aku tanggung selama ni yg semuanya adalah sebab dia. Psl duit, macam2 boleh jadi, betapalah kuatnya pengaruh beberapa keping kertas. Dia yg buat masalah, aku yg kena tanggung sama masalah dia. Sbnrnya aku yg awal2 lg suruh dia bjanji, pertolongan aku ni biarlah tak der sapa yg tau. Tapi entah mcmmana tak lama lepas tu, ada mulut2 luar yg dtg ofis menyindir2 aku yg kononnya aku ni dermawan lah itulah inilah. Aku bengang. Itu baru dlm ofis, kat luar ofis plak lagi parah. Aku dgr mcm mana org ckp yg aku ni guna tektik kotor, guna material untuk 'ikat' mamat ni. Mcmmana dia sendiri menganggap yg aku ni tolong dia pasal ada udang di sebalik batu. Aku cuma mampu beristighfar. Hati mana yg tak sakit. Dia tak pulang duit aku, aku masih buat diam. Aku cuba nk paham situasi dia. Dia lupa diri, aku masih bsabar. Bila susah, dia cari balik aku, aku masih bleh buat mcm tak der apa. Biler tetiba perkara ni muncul balik, aku jadi pelik. Aku rasa kes ni dh lama blalu dan yg kena peritnya adalah aku, kenapa tetiba dia plak yg terasa lebih2. Kenapa aku yg diserangnya seolah2 aku dh buat satu dosa yg maha besar. Seolah2 dia tak bersalah apa2, seolah2 aku ni mmg perempuan yg teruk, yg bersalah dari A sampai Z. Aku jadi confuse dgn peraturan dunia ni. Apa sbnrnya yg berlaku ni!?? Aku tak pernah jumpa kawan yg mcm ni. Jaja.. klu ko ada kat sini, aku rasa nak menangis puas2 depan ko. Aku takkan mampu nk menangis depan mak abah aku psl selama ni pun segala susah aku, apa yg akhi buat kat aku, aku tak pernah cerita ngan derang. Aku tau mak abah aku mcm mana. Derang takkan tahan tengok anak derang dianiaya orang. Klu aku jadi mak pun, tentu aku akan rasa mcm tu jugak. Duit aku dah habis dibayar (adalah plak duit) dan aku mmg dah mula berlembut hati untuk maafkan dia. Tapi tup tup, aku yg kena bantai balik??!! Apa ni? Dlm keadaan dah mcm ni, senang ke aku nk maafkan?? Aku mmg maafkan, tapi rasa sakit perit dlm hati ni bukan sesuatu yg mudah nak diubat. Ya Allah, kenapalah ujian seberat ini yg ko turunkan ke atas ku. Tekanan demi tekanan buat aku rasa semakin lemah. Adakah ini cara untuk Kau menghampirkan aku padaMu dlm bulan yg penuh barakah ini. Ampunkan aku ya Allah jika sebenarnya mmg aku yg banyak berdosa tanpa aku sedari.
|