|
|
|
1:49 p.m. - Monday, Aug. 08, 2005 For the 1st time ari tu aku menonton secara khusyuk konsert AF. Itu pun psl kebetulan btandang umah mak cik kat Tmn Bt Dahlia. Matlamat menziarahi kemudiannya sudah diconvert kepada datang menonton Mawi.. hehehe. Mmg fenomena dan world betullah si Mawi. Seorang yg punya akhlak yg baik, tapi aku pun tak tau kenapa AF yg jadi medan utk dia mengubah hidup. Tapi mungkin inilah kuasa Allah, sapa tau kehadiran Mawi dlm dunia hiburan tanahair akan membuka satu fenomena baru yg lebih positif dan islamik. Tapi ada dua perkara kenapa aku kesian kat Mawi. Pertama, biler dia manjadi mangsa kritikan orang ramai sedangkan dia sendiri terpenjara dlm banglo AF dan tak tau menahu ttg dunia luar, dia tak der buat apa2 statement, tak ada buat apa2 menyakitkan ati, tp dia teruk kena bantai. Dia tak mintak orang vote dia banyak2 dan fanatik pada dia. So, apa salah dia, tu yg aku pelik. Kedua, aku kesian sebab aku sbnrnya dlm bangga2 tu ada sikit rasa 'kureng' dgn Mawi sbb rupa dia, rambut dia, senyum dia, ketinggian dia, ada iras2 Akhi. Ishkkk.. cam tak der orang lain nak di replicate. Cumanya Akhi ni cerah sikit dari Mawi. So, ari ni aku menyettlekan urusan2 gaji bulan ni, cuti2 Malaysia yg tinggal. Aku patutnya perlu kerja smpi 9 September klu ikut tempoh notis sbnr, tp cuti aku ada 17 hari lagi. Sebelum berenti ni aku amik 3 hari cuti untuk pergi medical checkup jumaat ni, pergi LHDN isnin ni dan satu hari lagi spare utk hari pergi amik result medical checkup. So, dah lepas tolak punya tolak punya tambah, baki cuti yg company akan bayar balik pada aku adalah 5 hari, emmm.. dekat 400 jugak tuh. Ingatkan nak wat checkup kat PG tp hampeh mesin X-Ray derang rosak dah berkurun, kena jugak pi JB. Tp inipun tak pasti, maybe pergi Hospital Kota Tinggi jer kot, tak ramai sgt orang rasanya. Last Saturday pi jumpa supervisor aku, mmbincangkan ttg proposal. Alahai, payahnya dpt lecturer yg perfectionist ni. Rasa mcm byk sgt menda nk kena buat. Pening paler aku dgn tempoh masa yg ciput jer tinggal ni. Dia baik hati tp dia sentiasa nakkan yg terbaik, smpikan katanya klu aku masih tk dpt capai tahap yg dia nak sem ni, dia akan drag lagi aku ke sem depan. Aduhaiii sedapnya dia bcakap, yg nak bekerja kerasnya aku, yg nk kena kuar duit bayar yuran laginya aku lah jugak. Lepas ni, klu ditakdirkan aku kerja kat KL, Insya Allah pertemuan aku dgn supervisor tak jadi masalah kerana once per fortnight, dia akan turun UTM KL mengajar SPACE. Apa2 pun aku mintak kawan2 semua doakan semoga proses aku nk menyiapkan proposal sem ni akan berjaya. Dan seterusnya hasrat aku nk grad pada konvo besar tahun depan akan terlaksana. Amin.
|