|
|
|
9:11 a.m. - Thursday, Aug. 04, 2005 Tinggal kurang sebulan untuk daftar di Intan. Aku masih pening, pening ttg borang2 yg langsung tak bersentuh, pening dgn nk settlekan tugas2 akhir kat opis, dan yg paling sakit nk pk adalah mengenangkan projek master nanti. Adoooiii!!! camna ni?!! Dah ler sem ni aku dh bayar full yuran, takkan nak blah gitu jer, mmbazirnyaaa!!! Supervisor aku dh mula kejo, biler nak start weiii!! Tolooong... aku blurrrr ni. Tgh aku pening2 camni, ada plak hamba Allah yg lagi menyesakkan otak aku. Satu ari smpi berbelas2 miss call, sms yg buat aku nk pecah perut baca. Mehlah aku citer satu demi satu. Ari tu aku ada tolong Akhi wat assignment, well, tk tolong sgt lah, aku cuma bg point2 penting yg seringkas mungkin, sukati dialah nk elaborate camna. So, hari isnin lepas, dia jumpa aku kat guardhouse. Aku tgh bz actually, tp psl takmoh malu dpn orang, aku kuar jugak jumpa dia kejap. Nak tau apa kes? Assignment dia kena reject! Pedulik haper aku kan? So, biler aku tgk assignment dia, menyirap jugak aku. Kalau aku lah jadi lecturer, aku pun akan reject awal2, silap2 aribulan, aku fail kan terus. Dia pi copy bulat2 point2 ringkas aku ari tu, tak elaborate langsung!! Smpi aku jd confuse, part mana yg dia buat sdiri? Dgn kacau bilaunya, spelling terabur, grammar hancus, tak presentable langsung, mcm ni ker wat assigment? Dh ler assignment tu mewakili 100% marks, syarat plg kurang 25 pages, dia buat 9 pages jer, tak sakit jiwa menengok? Dia kata, lecturer dia kata dia tak menjawab soalan. Arghh!! bukan salah aku, dia yg silap kasi penerangan. Aku ni seboleh2 menolong wlupun aku sbnrnya tak paham satu butir pun apa yg asignmnet tu nak, psl aku tak penah amik subjek cam tu sebelum ni! Kebetulan masa dia jumpa aku tu, En Mat nampak, terus dia jerit. 'Woii, tak tau malu ke assignmnet pun mintak tolong orang! Tak tau ker budak tu dah nak blaah!' Akhi kata dia tau aku nk blaah. Tapi aku rasa dia tak peduli, yg dia peduli sgt2 adalah sblm aku blah, dia nak aku tolong dia. So, lps tu, tak puas jumpa, dia call lagi. Smpi aku naik muak!!! Call cakap menda yg berisi tak per, ni merapu2. Dia marah konon, nape aku tak kasi tau dia awal2 yg aku nk blah. A'enna mamat ni, biul ke apa? Dia tu sapa? Selama ni tak der plak dia kisah aku ni idup ker mati ker. Pas tu, sibuk complain konon staf mengadu kat dia yg aku issue byk show cause letter kat budak2 yg langgar disiplin. Aduuh mak, dia ni sapa nk complain aku, wakil persatuan pekerja ker? Tk sedar diri cuma operator biasa! (part ni mmg aku dh marah sgt lah ni) Boleh blah lah lu. Diri sdiri pun tak tjaga, nk sibuk kan hal kerja orang. Aku taulah kerja aku. Bengang tul aku. Dah tu, aku ni sibuk, dah telefon, tu cakap jer lah, ni senyap jer, apa lagi naik angin lah aku. Pas tu dia cakap yg aku ni cam tak suka jer dia tepon. Ahaaa.. aku nk ajer ckp, bukan tak suka, cuma menyampah jer. So, lepas ari tu, tak abis2 dia telefon. Tapi mmg aku tak angkat. Aku tengok budak ni dah macam orang giler talak (maaf cakaplah). Tak cukup hp, dia call opis. Tp aku mmg dh pesan kat Anis, klu dia tepon, cakap akak tak der. Puas hati aku. Semalam jer 13 kali dia call yg jadi miss call, of coz lah tak kuasa aku nk pick. SMS plak entahapa2 yg merayu2 mintak ampun lah itu lah inilah. Aku bc bukan makin tharu, aku gelakkan ajer, kelako rasanya. Nama nak reply tu lain tahun jer lah. Sesungguhnya Allah mmg dah terbalikkan hati aku terhadap si Akhi ni dan aku bersyukur sgt. Aku tau yg klu lebih lama aku dgn dia, makin huru hara hidup aku, makin menderita. Peluang ke PTD ni bagi aku adalah satu nikmat Allah yg tak ternilai, untuk aku bina kehidupan baru. Aku bukannya zalim tak mau maafkan orang. Tapi aku kenal akhi dah lama. Kata2nya mmg tak boleh dipercayai, cuma manis di luar jer tapi tak der isi. Aku bukannya terlalu cepat berburuk sangka, tp berdasarkan pengalaman btahun bkawan ngan budak ni, mmg itulah dia. Dia tak penah insaf walaupun dia kata dia insaf. Dia cuma pandai mintak maaf tapi tak pandai untuk menebus kesalahan, so what for aku maafkan dia klu at the end perangai dia tetap cam tu? Argh malaslah. Aku takkan mudah maafkan dia. Aku nak tengok seikhlas mana dia betul2 nk mintak maaf. Apa usaha dia lakukan untuk mendapatkan kemaafan aku. Silap dia pada aku bukan kecik2 punya kes, takkan cakap mulut jer kot? Aku tak mau lg jd macma dulu, di mana aku tlalu mudah maafkan dia. Aku nk dia tau hati aku ni dah immune dgn pujuk2 rayu dia. Biar dia tau aku ada pendirian sdiri. Aku mmg berburuk sangka skit. Aku tau, klu aku maafkan dia smudah tu, senanglah dia. Senang dia nk mintak tolong aku lagi, senanglah dia nk mintak aku halalkan hutang piutang dia kat aku atau senanglah dia nak mintak tangguh lagi bayar utang. No way man! Kalau itu lah niat dia, mmg smpi ke sudah ler aku tak maafkan. Mmg bleh dipertikaikan lah keikhlasan dia. Kalau ikhlas dan insaf, kenapa kena tunggu aku nk blah, baru nk mintak maaf? Selama ni buat bodoh jer. Dia ingat dia bleh halang aku dr berenti agaknya, pirah mabuk. Ko tu tak nak aku berenti psl takut nnt tak der orang nak tolong ko klu ko sesak. Geraaaaamnyaaaa!! Hemm.. hari ni entah apa lagi dia akan buat. Kalau hari2 dia kacau aku, silap2 aribulan, aku abiskan jugak cuti tahun aku dan berenti kerja lebih awal, tenang sikit jiwa.
|