Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

8:35 a.m. - Tuesday, Aug. 02, 2005
Biler tender resignation letter
Received the offer letter already. Gosh, so many forms! Berpinar sekejap bijik mata aku, apa punya cerewet dah nak kerja. Surat sampai umah ari sabtu, mak call so immediately aku terus prepare resignation letter dan terus pass pada HR/Admin Manager. Aku kasi betul2 5 minit sebelum kul satu. Aku kata, just accept, anything, kita clear kan ari isnin nanti. Yer lah, masa tu aku in hurry nak hantar Anis ke Larkin.

So, sampai jer ari isnin, fotostat surat tawaran, on the spot terus hantar ke Senior Manager aku. But before that, aku cakap dulu ngan immediate superior aku dlm IT. Apa lagi, terus aku kena mencemar duli menghadap 2 orang bos. Jgn tak caya, aku ada 3 bos tau. Kelako tak, 3 bos memberi arahan kepada sorang pekerja. Then, bermulalah sesi soal jawab yg kengkadang mmg malas sgt dah aku nk jawab psl aku dah kasi tau awal2 yg aku dah firm dengan keputusan aku. kenapa aku nak berenti, apa yg tak bagusnya company ni, kenapa aku tak suka kat sini, collegues sumer tak baik ker, apa benefitnya kalau kerja government. Senior manager aku kiranya orang yg boleh btolak ansur jugak, tp bos IT aku seboleh2 tak nak kasi aku berhenti, macam2 dia kutuk pasal kerja kerajaan ni itu lah inilah. Mmg sakit jugak ati aku mendengar tp buat bodoh jer lah. Bos IT aku siap mintak company counter offer kat aku, siap suruh co bagi advance adjustment pada aku. Siap nak naikkan gaji aku 700 dari gaji sekarang, banyak tuh!!! Tp sib baik senior manager tu ok, dia kata, sblm dia bawak cadangan ke MD, dia nak tau dulu samada aku betul2 nekad nak berenti, atau masih bbelah bagi. Kalau aku dah nekad, dia tak perlulah usulkan pada MD, buang masa jer kan?

Hahah, mana tak berpeluh, biler aku satu orang yg berenti, derang tpaksa cari 2 orang utk replace aku. By coincidence aku leh wat dua bidang dlm satu masa, mana nak cari orang cam ni.. hehehe.. tau plak derang akui hakikat tu. Mmg pening lah bos aku, yer lah next year, bos HR tu nk pencen dah, this year jugak kitorang dah nak implement computer system baru, parahlah depa. Tapi aku terpk jugak, kalau aku stay, aku yg btambah parah dgn beban kerja menimbun. Bos aku siap suruh balik umah mintak pendapat parents, suruh cakap ngan parents aku yg co nk counter offer, konon nnt parents aku suruhlah stay kat sini. Kuang kuang kuang, sian mak bapak aku pun terlibat tak pasal2. Bos aku suruh tarik balik resignation tu, suruh fikir dulu, tp aku kata aku dah firm, pedulik apa aku. Last2 dia accept jugak tp masih emphasize suruh aku pk dulu dan bagitau dia klu aku ubah fikiran.

Tak cukup ngan tu, PA kepada MD pun panggil aku. Soklan yang sama tapi dia ni kiranya supportive sikit. Dia cam merajuk aku nk berenti. Katanya, kan i dah inform u, kalau ada masalah, tak suka dalam HR tu, we can discuss.. tapi jgn lari mcm ni. Alahai, aku kata i remember ur words very well but it has nothing to do with my current job lah. Aku cuma nak kan angin baru, cabaran baru, ececeh. Tp still dia positif jugaklah. Dia kata dengan diri aku yg skrg, aku boleh pergi jauh kalau masuk PTD. Mcm2 dia nasihat termasuk tentang mjaga penampilan. pergh.. cayalah.

Bos suruh aku extend, tapi aku kata tak bolehlah. Maka ndak tak ndak, aku akan kerja sampai lah 27hb Ogos ni. So, company akan bayar balik belen cuti aku yg tak amik. Still, dlm tempoh 4 minggu ni ada jugak beberapa ari aku kena amik leave psl borang2 PTD tu sumer nak kena settlekan. Pening jugak paler biler pk yg gaji bulan 8 ni kena hold dulu psl company nk clearkan aku punya income tax aku. Dah tu, registeration kat Intan nnt nak telan 520 inggit plak.. adoiii.. err.. 3 bulan kerja ada gaji tak ek?

Kisah aku nk berenti kerja dh kecoh se Malaya, satu kilang tau, kabel punya mantap. Masing2 membawa reaksi berbeza dan tentunya reaksi yg paling menjengkelkan yg aku rasa bengang nak mampus adalah dari akhi.. Apa reaksi dia? bsambung esok..

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!