Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

5:40 p.m. - Friday, Jul. 29, 2005
Menyingkap gelodak akal dan hati
Tajuk yg melankolik, tp sekarang mmg aku feel cam tu.

Bersendirian nampaknya malam ni. Ajai balik kampung. Semalam aku tidur umah Cik Ar, tapi malam ni rasanya nak tido umah sendiri plak. Banyak kerja nak buat. Paling tak leh lupa semalam masa pi anto Ajai kat Larkin. Entah kenapa rasa sedih plak, padahal dia balik bukannya lama. Ahad karang dia dah balik sini. Entahlah ek, feel menghantar orang di stesen bas, mmg sayu sikit. Kalau balik naik kereta sendiri ker, tak der pulak haru camni. Dah tu, dia anto sms yg cam terharu lah bunyinyer. Tak silap aku 'Dear God, i do not need lots of frens, as long as the real ones stay with me, so bless them all especially the one reading this SMS. Ayue.. Thanks..' Sedih plak baca. Entahlah, kengkadang kesian sgt kat Ajai kalau aku blah dr umah ni. Yer lah, kesian dia nak cari housemate baru. Mencari housemate mmg senang tp nk cari yg serasi tersangatlah payah. Aku kenal Ajai, dia mmg lain. Nak masuk, nak serasi mmg payah. So kita kena belajar untuk sekadar menerima dan bersabar.

Few days ago. Aku dapat emel dari Ms Lekha, supervisor projek master aku. Setelah lebih setahun aku menghilang, aku ingat dia dah malas nak layan emel aku. Tapi segalanya mmg diluar dugaan, very impressive. Instead of marah, dia lagi banyak beri dorongan kat aku utk terus berusaha. Terharu sangat2. Mungkin berkat ayat power emel aku kat dia kot, hehe.. aku cuma berkata yg jujur dlm emel tu. Tak sangka dia begitu understanding. Satu petanda yg cukup memberansangkan buat aku. Aku lagi bsemangat nak teruskan projek, by hook or by crook. Semoga pertolongan Allah ini terus bersama aku hingga ke akhirnya.

Aku masih menunggu biler lah nak sampai offer letter PTD, takut kang lama2 hati aku berubah plak smpi aku leh terlupa yg rupanya aku dah nak report as a ptd hehehe. Bos-bos kat sini makin lama makin menaruh kepercayaan plak, aku jadi serba salah biler nak menerima apa2 tanggungjawab. Nak cakap aku dah nak berenti, tak leh jugak pasal aku lum dpt offer letter yg rasmi. Nak terima tugas, takut karang terkandas tgh jalan pulak. Risau aku dibuatnya. Ndak tak ndak, buat jer lah cam biasa, nak buek camno laie. Si Anis, kerani baru aku tu plak asyik tanya, kalau tak pergi tak boleh ker? ishk, aku kata, mana bleh, 6 bulan akak berusaha nk dptkan post tu. Kesian plak kat dia. Weeeii!!! ni apahal dari tadi aku asyik kesiankan orang ni? Biler nak kesiankan diri sendiri plak?? Come on Ayue, build ur own determination, gul.

Yg pasti sangat2 skrg, aku dah makin meluat sangat2 ngan Akhi. Nak tengok muka dia pun aku dah tak der selera. 2-3 hari ni, dia dtg ofis, mmg aku tak pandang langsung muka hensem mamat tu. Menengok muka dia, buat aku menyirap, mengoren, meribena, memilo, dan me apa2 lagi lah. Tu yg rasa tak sabo nak blah dari sini. Dah ler dia banyak wat salah dan menyusahkan aku, nama nak mintak maap? hampeh. Nama nak berterima kasih? kirim salamlah. Yg lebih teruk, dia dtg ofis mengusung muka kerek dia, cakap pun cam org blagak. Mana tak bengang beb. Aku rasa dia pun dh tak der selera nak menengok muka aku. Bengang aku ni tersangat2 especially biler aku pi umah cik jam. Cik jam n family, cik mah kemain puji2 si akhi ni. Konon baik sangat2, yer lah tu. Perangai mamat tu kat belakang, kat kilang ni mana derang nampak. Ari tu, dia bleh datang kerja lambat 50 minit masa shif kul 11 malam. Konon tertidur, takde orang kejut. Ingat ni kilang bapak dia gaknya. Manalah sikap tanggungjawab mamat ni.. nasihat pun tak guna. Masuk tinger kanan, kuar tinger kiri, membaziiirr.

Tu baru sorang, aku terpaksa berhadapan dgn hampir 200 orang pekerja lain. Mana nak berhadapan dgn bos, mana nak berhadapan dgn pekerja. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tu lah kerja aku. Lebih kurang cam daging burger terbuang tepi jalan. Dah ler kena kepit dgn roti, kena lenyek dgn JCB lagi. Aduhaiii.. merana fizikal dan mental aku ni. lama2 mmg lah terasa sgt fed up. Diskriminasi terlalu ketara smpi aku xmampu buat apa2 pasal ini kilang bangsa dia. Orang dia buat salah, diamkan jer, klu orang kita abis aku dikejar suruh amik tindakan. Dah ler aku ni budak baru dlm bidang ni, terus nak disogok dgn tugas2 cam tu. Aku betul2 rasa macam diperalatkan. Mentang2 aku perempuan, mentang2 aku ni pendiam, dikasinya tugas cam tu. Derang ni bijak, kerja yg banyak risiko, dia akan kasi pada orang melayu kita. So biler byk problem, senanglah derang nak tuding jari. Rasa nak suruh jer dinding batu ni hantuk ke kepala aku psl aku sndiri dah tak larat nak hantuk sendiri kepala aku ke dinding tu. Oleh kerana tak ada orang lain nak kesian, aku tpaksa lah kesian kat diri sendiri. Apa guna promote aku klu aku tak nak dihantar pergi training, apa guna kalau apa2 mesyuarat tak mau libatkan aku. Apa2 keputusan, tak der plak nak libatkan aku, sedar2 dah kena impliment. Yg kena jalankan, aku jugak. Pastu kalau ada problem, aku jugak. Yang kena tadah telinga kena maki dgn pekerja, pun aku jugak. Anak patung ker aku ni hah, tak der perasaan. Air mata ni cam dah beku. Yang memfitnah apatah lagi, orang sebangsa dgn aku pun mula asyik nk menjatuhkan aku. Benda kecik2 pasal aku pun nk dijadikan isu. Derang sumer tak pernah nak paham situasi aku, perasaan aku. Sedih pilunya hati ni cuma Allah yg tau.

La Yukallifullahu Nafsan Illah Wus'aha. Aku sentiasa ingat ayat tu. Alhamdulilah kerana aku masih diberi kesabaran yg utuh. Tapi entah sampai biler aku nk btahan cam ni. Jiwa aku, peribadi aku dah makin jauh dari diri aku yg dulu. Keadaan telah membuatkan aku sedikit demi sedikit menjadi keras, degil, kasar dll. Semoga dgn penerimaan aku sbg PTD ni akan membawa aku balik kpd aku yg dulu. Amin.

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!