|
|
|
12:51 p.m. - Saturday, Jul. 23, 2005 Pertama, semalam aku mendapat berita yg cukup menggembirakan. Selama ni punyalah menghitung hari (kalah Kris Dayanti punya versi), hai lambatnya nak runggu 29 Julai, psl masa tu lah result PTD akan diumumkan. Tapi sapa sangka, tak sempat hitung smpi abis, dah dpt jawapan. Semalam, punya gamble bukak website SPA. In fact, membuka website SPA setiap hari dh menjadi habit wlupun tak der menda yg nak ditengok sgt kat situ. Terperanjat tuh, keputusan temuduga PTD? Eeee.. seram meram jiwo eden ni haa.. kata kuar minggu depan, await cepat sangat, cam baby tak cukup bulan gitu. Gabra beb menaip nombor kad pengenalan nak check, dlm hati tu punyalah berdoa pada Allah. Tadaaa!!! TAHNIAH ANDA BERJAYA!! Alhamdulillah, ishk ishk terharu nya... rasa cam nak menangis terus kat depan PC, sib baik lah tak ramai orang psl tghari buta cam tu, org jantan sumer kuar semayang. Terus capai tepon, call mak kat kota. Suka beno mak, katanya tak sia2 mak doa siang malam. In fact, sebenarnya aku mmg ada menaruh keyakinan nak dapat. Abah sdiri lagi best, dia kata 'alah, dapat lah tu, jgn risau' punya kompiden abah aku. Beberapa hari lepas plak, Nor, sepupu aku yg tgh pregnant 7 bulan tu siap leh mimpi lagi. Dia mimpi aku dpt PTD, ishk tak agak2 punya mimpi, kelako rasanya. Sapa sangka, apa yg dimimpikan tu jadi kenyataan. Kegembiraan tak terkata. Rezeki mak bapak, berkat restu doa derang jugak. Sekarang ni tgh menghitung hari lagi, biler lah surat tawaran nak sampai. Entahlah ek, aku ni happy sgt psl mmg nk sangat PTD tu ker atau psl aku mmg dah bengang nak mampus utk terus kerja kat sini. Dua2 kot, kira melengkapi lah tu hehe.. Tak sabar sgt nk buat surat berenti hehe. Klu notis, satu bulan jer, AL aku plak ada 21 hari, klu tolak tu sumer, kiranya aku notis seminggu jer, cayalah. Tp klu boleh mmg aku tak mau tolak cuti psl nakkan duitnya, banyak tuh.. Perkara kedua yg buat aku happy adalah sekarang ni aku tengah angau (buruk sungguh bunyinyer). Tak der lah angau sgt, cuma teringat2 gitu jer. Ni sumer TV3 lah punya psl, apsal derang tayang citer The Matrix ari tu, kan aku dah teringat kat seseorang. Seseorang yg aku suka sangat dari dulu smpi skrg, tapi dgn hormatnya dah reject aku pun (perghhh.. hampeh sedih bunyinyer). Nak buek camno, orang dah tak suko. Dah berkurun pun aku tak penah tengok batang idung dia, entah dah kawin agaknya. Yang aku tak paham tu, dah tau dia tak suka aku, aku masih jugak menyimpan harapan smpi sekarang, tak ke sewel namanya. Sewel ker aku? Wlupun setakat teringat dan mengenang pun bagi aku dah cukup menggembirakan. Aku rasa bangga dan gembira kerana perasan tu. Sah ler sewel. So, aku patut berterima kasih pada Allah kerana menciptakan seseorang yang bernama *tooot* (sogan nak tulis) wlupun bukan untuk aku miliki. Alah, kalau memiliki pun tp nanti dia tak bahagia pun, tak guna jugak. Aku nak dia bahagia, happy dan jadi insan yg terbaik dunia dan akhirat. Klu kehadiran aku akan menghalang itu sumer, baik tak payah, yer tak? ececeh.. cam teoritikal sgt, yoyo'o jer aku. Sesuatu yg mustahil tp klu ia berlaku iaitu dia terbaca entri aku ni, aku nak mintak maap sangat2. Kalau satu hari dia berubah hati dan rasa aku bleh bahagiakan dia, hati aku masih mcm dulu. Itu part yg best, tp part yg tak best adalah berkenaan akhi. Tanpa aku sangka, no hp aku dah terbocor ke pengetahuan dia. Bengangnya!!!! Teruklah mamat tu, dia sengaja test guna public phone, so aku akan angkat tepon. Sakitnya jiwa aku ni. Tapi aku tak marah psl sebaik2 nasihat Rasulullah adalah JANGAN MARAH. Dan aku terpaksa lagi menahan marah psl dia masih tak berubah, perangai lama yg asyik nak menyusahkan orang. Apa punya manusia dah, masa susah, bukan main lagi cari kita, siap memaksa2 lagi, bikin orang stress ada lah. Dah tu, biler dah senang, dia buat bodoh jer. Ya Allah hai, part yg ni mmg aku mohon pada Allah sangat, mohon sangat2 (dh mcm citer Kiamat Sudah Dekat lah plak) supaya ditetapkan hati aku supaya tidak marah. Baru2 ni dia bleh menyusahkan aku sehari suntuk, 3 kali jumpa aku kat kilang, telefon lagi. Pas tu wktu malam pun dia tepon waktu aku tengah tusyen kan budak2, tgh malam buta, orang nak tido pun dia call lagi. Pasal apa? Dia dah nak kena anto assignment yg mewakili 100% markah utk satu subjek untuk course yg dia tgh amik skrg ni. Assigment dh diberikan lama dan dia penah mention yg dia nak mintak tolong aku psl assignment tu ada kaitan ngan HR. Tapi cakap jer, dia buat bodoh, takkan lah aku nk pi follow up dia. Aku yg mintak tolong kat dia ker dia yg mintak tolong kat aku? So, biler tinggal 2 hari nak anto, baru dia sibuk cari aku. Klu korang, nak layan ker? Ikut hati yg panas, mmg aku mls dah. Tp psl dia tak abis2 kejo aku dan 2-3 minggu lepas aku ada janji nak tolong, aku tolong lah jugak sedikit sebanyak mana yg patut. Tp aku tau, lepas settle jer masalah dia tu, dia akan buat bodoh, blah cam tu jer. Namanya nak menghargai tu mmg kirim salam lah. Dah 2-3 hari ni, mmg itu lah yg blaku. Aku rasa cam nak pancung mamat tu, tak penah aku jumpa kawan teruk cam ni. Hutang dia pada aku yg tahun lepas punya pun dia tak settlekan lagi, ni dia dah buat kes lain. Tapi dia tetap kawan aku, wlupun dia cuma akan cari aku waktu dia susah jer. Satu hari nnt aku tau Allah akan tunjukkan dia yg dia bsalah kerana buat aku mcm tu. Aku harap biler aku dah tak der lagi kat kilang ni biler pergi utk PTD, dia akan insaf (itu pun klu dia nak insaf). Skrg aku nk balik dulu, tata..
|