Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

1:27 p.m. - Saturday, Jun. 25, 2005
Berakhir satu perjuangan?
Assalamualaikum.. Jaja asked for the updated entry. Hemm.. here it is. I was very busy for this few weeks. So, perjuangan apa yg aku maksudkan ni ek? Ekceli, aku sendiri kabur tentang perjuangan apa yg dah abis, but still aku nak taruk jugak tajuknya berakhirnya satu perjuangan. Adakah berakhirnya perjuangan aku untuk mendapatkan jawatan PTD setelah tamat interview semalam? Adakah jika gagal kali ini, perjuangan aku telah berakhir? Atau mungkin jugak berakhirnya perjuangan aku di tempat kerja skrg, in case klu aku dpt PTD tu? Arghhh.. mana2 satu pun tak kisah.

My interview went ok. But i just cant anticipate what will happen next. Nak predict lebih2 kang buat pening paler jer. Nak confident lebih2 kang, klu fail, cam ari tu, frust menonggeng beb. So, buat bodoh jer lah kot. Tapi yg pasti panel tu cam dah kasi harapan kat aku bicoz at the end of the interview session, dia kata "Very Impressive" Mak aiii, terawang2 kejap aku seh.. hehe. Tp yg pasti, 1st instinct aku selama ni mmg tepat psl aku mmg tak patut prepare lebih2 untuk interview tu.

Sebelum interview, aku dpt maklumat dari Oja ngan Hisham, tentang apa yg ditanya masa turn derang. So, apa lagi, aku pun pulun lah. Kata oja, panel tanya nama menteri, tanya psl k-economy, kes buli dll. Hisham kata, master kan tentang kenapa nk jd ptd ngan kementerian yg dipilih. Budak yg satu sesi interview ngan aku tp turn awal2 plak kata depa tanya psl persidangan kat Doha, psl pertukaran wang asing. So, bleh bayangkan lah apa preparation yg aku buat. Sumer isu aku baca, sumer menteri aku hafal, siap ada skema jawapan lagi. Bhempas pulas aku mmbaca pasal biotech psl aku nk pilih kementerian Sains, teknologi dan inovasi. Tapi last2 adoiii... Depa tak tanya pun tu semua, tak ker cam berpinar kejap bijik mata aku. Kesimpulannya, interview ptd ni, mmg ikut luck, kita takkan dapat soklan yg hampir sama. Sib baik buku Malaysia Kita yg tebal nk mampus tu aku tak khatamkan, klu tak mmg haru psl tak masuk satu haram pun.

Patutnya aku giliran 1st, tp aku smpi lmbt, so dptlah giliran ke 3. Rasanya ada tolak markah tak kat situ ek? Tp aku tawakkal jer, psl aku lmbt pagi tu pasal abah yg lmbt. Mcm2 keja plak abah nak buat pagi tu, mak plak dh mmbebel takut jln jam. Biler smpi JB tengok jalan mmg jam, abah dah mula risau. Aku dah agak dah, tp sajer tanak buat abah risau, so aku buat bodoh jer lah. Dlm hati aku redha jer lah, mls lah nk bising2, kang tak berkat plak aku pi interview tu. Klu ada rezki adalah tu. Dh smpi Bt Timbalan, aku bleh sesat plak tak jumpa office SPA pdhal aku dah pernah pergi sblm ni, satu hal lagi. Tp sib baik muka tak malu tanya orang, barulah smpi. Rupanya ada lagi 4-5 orang yg lagi lmbt dari aku, kira ok lah beb.

Masa menunggu tu aku gabra jugak, tp buat2 relax padahal orang lain sibuk mmbaca. Tension aku tengok orang2 ni sumer, tp rasanya klu aku mmbaca jugak, gerenti aku makin gabra, sedangkan time cam ni aku patut cari ketenangan jer. So, buat bodoh jerlah. Urusetia tu plak peramah kemain, dia ingat sungguh nama aku. Yg pasti semalam ada 12 orang, dan sorang pun tak der yg satu pac ngan aku. Ada sorang tu, nama dia ayu jugak, dia dtg utk interview kali kedua. Oooo rupanya tak yah pergi pac ngan ujian sekali lagi klu mohon balik. Alrightlah tu.

Maka bermulalah giliran aku. Smpt baca surah insyirah sblm masuk. Petua dari Mak Usu aku, kiranya kita nak berhadapan dgn orang. Dia ni cikgu agama, so dia amalkan setiap kali nk masuk kelas. Panel aku 3 orang, 2 lelaki 1 perempuan. Sorang lelaki ni, aku tak tau dia ni melayu ke india, so aku tpaksa bhati2 masa bcakap, biar tak termasuk sentimen perkauman. Aku tak sedar masa berlalu. Tup2 dia kata terima kasih. Aku rasa cam tak puas hati plak, apsal kejap sgt? Mungkin perasaan aku jer kot, padahal mmg dah lama. Yer lah, derang langsung tak tanya psl isu semasa, langsung tak tanya psl menteri2, langsung tak tanya kementerian yg aku nak. Alahai.. derang tak suka kat aku ker?

Yg pasti, sepanjang interview tu, derang banyak tanya berkisar tentang diri aku sendiri, kenapa aku nk keje kerajaan, kenapa aku nk tinggalkan company skrg, kenapa aku amik master course management of technology, camna aku nk aplikasikan apa yg aku blajar ke dalam tugas aku nnt, apa sumbangan leh buat utk kerajaan klu jd ptd. Aku bleh kata, yg turn aku tu mmg cam tak formal sgt. Kenapa leh jadi tak formal? Pasal, aku mmg betul2 open jer bcakap ikut sedap otak aku. Derang mmg banyak sgt nak nguji kesabaran aku, nak down kan smgt aku, tp semuanya aku bidas balik. Smpi kan satu tahap tu, derang fire aku, aku baru jer nk bukak mulut kata "but.." panel perempuan tu dah smash aku balik, " apa but but.." terkujat aku skejap. So lepas tu, biler derang asyik bcakap, klu aku nk cakap apa2, aku akan mencelah dan kata "tuan, boleh saya nak tambah?".. hehe.. agaknya panel tu mesti fikir, berani nyer budak ni. Yerlah, mana aci, asyik derang jer fire aku.

Dia ada tanya ttg potensi JB sbg hub MSC. Biler aku jawab dgn bermula "saya rasa.." derang bidas balik konon aku tak confident, mana bleh rasa2, mesti tepat. Geram aku, aku balas lah kata yg itu cuma anggapan dan gambaran awal pasal aku tak der fakta lengkap, kenalah conduct further study dulu. Depa kenakan aku balik konon aku lahir, mmbesar, belajar dan kerja kat Johor tp itu pun tk tau. A'enna mcm lah dia tau sgt psl KL tu (klu dia org KL hehe). Derang cam tak puashati biler aku kata, JB ni penduduknya lebih terdedah kpd teknologi baru psl dekat dgn Singapore, cheh.. derang cam tak leh terima hehe.. padan muka. Yg geram sikit tu, bila asyik2 nk persoalkan konon aku dh ada kerja yg stabil, ada exposure yg bagus di tmpt kerja, ada kelulusan yg baik sumer, kenapa nk keje kerajaan. Eeee.. apa ni? Suka aku lah nak keja mana pun, kerajaan sbnrnya nk cari org yg bodoh ker? (aku tak cakap pun cm tu depan2 hehe). Aku cuma kata "Is it a problem?" cheh, cabul mulut aku. Derang nk tau jugak apa yg tak kena dgn company skrg tp aku kata aku tak mau cerita buruk psl company, psl situlah tmpt aku cari rezeki halal dlm 3thun ni. Aku pk, orang swasta berebut2 nk dptkan pekerja yg baik, orang kerajaan plak bleh nk persoalkan lagi. Derang persoalkan jugak kegagalan aku dlm 2 interview kerajaan sblm ni, kononnya mesti aku ni tak bagus, tu pasal 2 kali kena tolak. Eeee.. derang ni mmg nk jatuhkan smgt aku betul. Derang tak tau yg derang tu yg kurang bijak psl overlook pada kebolehan aku (nak sedapkan hati sdiri).

So, aku pun tak tau apa peluang aku utk dpt. Klu lah derang ni cam Trump yg nakkan orang yg tough, Insya Allah lah kot. Tp klu derang mmg nak orang yg obedient jer, rasanya awal2 aku dah fail kat situ. Yang pasti, klu tak dpt yg ni, aku akan apply lagi, biar smpi orang SPA tu bosan tgk muka aku. Nak tunggu keputusan 29 July punyalah lama rasanya. Tp aku tak tau smpi bila aku nk btahan kat company skrg, psl semakin lama, aku rasa semakin teruk keadaan. Macam2 fitnah ttg aku orang buat, menganiaya sungguh. Itu akan aku ceritakan dlm entry akan dtg yg entah biler

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!