|
|
|
1:10 p.m. - Monday, May. 16, 2005 Pak Teh adalah suami kepada mak teh aku, iaitu adik kepada mak aku. Dulu, sebelum kawin, mak teh pernah tinggal dgn keluarga aku di Semenchu dan sewaktu itu lah pak teh dan mak teh bertemu jodoh, malah majlis pertunangan mereka dilangsungkan di rumah kami memandangkan rumah pak teh pun di air tawar 4 sahaja, dekat sikit. Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Ibni Khafi (7 thn), Nur Azmiah (5 thn), Abil Arif Farmadi (3 thn) dan Nur Ubaidah (8 bulan). Mak Teh dan Pak Teh menetap di Air Tawar 4 memandangkan Pak Teh ada perusahaan sendiri di situ. Pak Teh pengusaha tempe, guna jenama Tempe 2020. Dan aku dpt mengikuti perkembangan jatuh bangunnya bisnes pak teh selama ini. Sebagai seorang suami, pak teh adalah seorang yg agak tegas dan jarang ada di rumah kerana menguruskan perniagaan. Mak teh plak seorang yg sangat baik hati dan penyabar. Satu perkara yg aku plg hormat pada mak teh ialah dia seorang isteri yg sangat taat. Walaupun pernah hidup berpindah randah kerana mengikut pak teh berniaga, tapi dia tak pernah merungut. Dan kami sekeluarga (adik beradik emak aku) sentiasa menyokong dia walau apa pun terjadi. Itu lah yg aku sgt kagum dgn eratnya hubungan adik beradik mereka. Memandangkan mereka tinggal di Air Tawar 4, mak teh anak beranak lebih rapat dgn keluarga aku, malah kalau pak teh ada urusan luar, ke rumah kami lah mak teh mengheret anak2nya menumpang. Tanggal 12 Mei lepas, Pak Teh kembali ke Rahmatullah kerana menderita sakit kanser paru2. Sungguh aku tak sangka kerana setahu aku hanya beberapa bulan ini, penyakit itu dikesan. Berpindah hospital beberapa kali, dari hospital daerah ke hospital pakar dan berakhir di Hospital Sultanah Aminah. Aku sempat melawat pak teh pada akhir minggu lepas dan tak sangka itu adalah kali terakhir aku melihat wajah pak teh. Sewaktu itu, keadaan pak teh memang menyedihkan, terlalu kurus dan sukar untuk bergerak. Malam rabu lepas, aku diberitahu oleh mak yg Pak Teh dah nazak, tp atas tuntutan kerja aku tak dpt menjenguk lagi ke hospital. Ramai saudara mara yg menjenguk. Takdir Allah, petang Khamis, aku dapat call dr mak mengatakan pak teh dah tiada lagi. Tersentak aku dibuatnya. Terus aku mintak izin pulang, pergi Majidi amik abang, dan kami adik beradik terus pulang ke kota memandangkan jenazah pak teh telah dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, kami sempat terserempak dengan van yg mmbawa jenazah pak teh. Jenazah terus dibawa ke masjid dan terus dikebumikan pada malam itu jugak tanpa dibawa pulang ke rumah. Ketika aku di rumah mertua mak teh, aku lihat mak pak teh tenang saja. Mak teh jugak macam tu. Hanya jika orang yg datang melawat mula menangis, barulah mak teh akan menangis sama. Sebab tu, aku sebolehnya tak mau buat mak teh menangis. Malam tu, pak long, mak uda, mak andak pun datang. Usu pulak datang lewat, begitu jugak achik dari KL. Esok paginya, aku dgn usu dan achik pergi menziarahi kubur pak teh. Rasa insaf bila mengingatkan kematian yg tidak tentu bila menjelang. Pak teh sendiri pergi dalam usia 30 lebih sahaja. Aku kesian sangat dengan mak teh. Kehilangan tempat bergantung ketika anak2 masih di tahap yang tidak tahu apa2, ketika anak2 sedang baru nak membesar. Apalah anak berusia 7 tahun tahu tentang penderitaan ibunya. Anak2 mak teh semuanya biasa ajer, mereka masih kecil dan tidak tahu apa erti pemergian ayah mereka. Ibni pula masih ke sekolah pada keesokan harinya untuk menduduki peperiksaan walaupun dlm keadaan seperti ini, dia pasti diberi pengecualian. Memandang wajah mak teh, aku akan sebak. Bagaimana agaknya mak teh nak meneruskan hidup membesarkan 4 orang anak2nya. Bagaimana pula nak menguruskan perusahaan peninggalan pak teh. Sebelum ni mak teh cuma suri rumah sepenuh masa dan tidah tahu memandu pulak tu. Mujurlah sebelum berkahwin, mak teh pernah lama bergiat dalam perniagaan dan aku pasti mak teh mampu menguruskannya. Dan rasanya atuk tentu akan terus tinggal dengan mak teh selepas ini. Hari Jumaat sengaja aku mengambil cuti kecemasan. Beberapa hari aku berulang alik ke rumah mak teh, membantu apa yang patut. Semoga mak teh dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan hidup membesarkan anak2. Akhir sekali, semoga roh pak teh ditempatkan di kalangan insane yg beriman, Al Fatihah..
|