|
|
|
8:28 a.m. - Friday, May. 06, 2005 Kisah disambung taip di rumah. Just return from Masjid. My housemate is not in, dunno where she is going. Probably hanging out with her friends. (currently listening to Siti Munawwirah on IKIM, best gak). So, where did i stop? Uhu.. the part when i start to cry right? I wont directly write about my feeling, how can i cry so badly (mcm esok2 dah tak bleh nangis dah.. hehe). Look, i began to make this things like a funny stuff. It is serious. So i start to open the Quran and focus my eyes and mind on the lines but it was so hard, my voice stuck inside, sebak sangat until i cant even read properly, sampai basah Quran depan mata. I did hope when i start to recite, mungkin lebih tenang. But it was not like usual. Until one part, i thought, i was ok, and stop for solat Isya’. I switch off the light, hoping that i can be more khusyuk dalam solat. Doa di akhir solat, tersangatlah panjang dan tangisan semakin menjadi2, telekung dah basah. Suddenly my housemate masuk dan terperanjat to see me like that. Dia terus peluk aku & tanya, what’s wrong. Dia fikir aku sedih sgt pasal kes lelaki or to be exact, kes aku ngan akhi dulu. But it was not that, dia fikir aku tipu but it was true, aku cuma muhasabah diri. Katanya, saya pun selalu gak muhasabah diri dlm solat, tp tak der lah smpi cam ni. That’s it, she didnt believe me, dia nak samakan aku dgn dia. Dia keluar dan masuk semula beberapa minit selepas itu dengan secawan air sejuk. She was so nice biler part2 macam ni, but one thing that make me feel uneasy is dia tak sepatutnya tegur aku ketika aku sedang solat. Dia sepatutnya membiarkan aku begitu, kerana ketika itulah aku sedang berserah dan berdoa kepada Allah. Dia sepatutnya menghormati aku, lagi plak aku matikan lampu, menunjukkan aku tgh bersungguh2. Aku bukannya budak kecik, aku takkan bunuh diri lah. Ishk, ikutkan mmg mati feel aku. Yer lah tengah khusyuk tetiba diperanjatkan dgn orang yg masuk dan peluk kononnya nak tenteramkan aku. Ya Allah hai. Aku sudahkan solat, pasang radio, belek2 majalah Anis (yg aku dah lama beli tapi tak baca2) sampai aku tertidur. At this point, aku terpk, apa motif aku tulis menda ni sumer? Astaghfirullah, aku cuma nak meluahkan perasaan aku dgn cara yg murah. Aku tak mintak orang lain baca kerana matlamat aku berblog dah tak sama mcm dulu. Aku tak kisah klu org tak baca blog aku psl blog yg ni mmg agak low profile, tak macam AinulMardhiyah dulu, blog mencari glamer, tak padan dgn nama yg punyalah Islamic, nama bidadari lagi tuh. Entri ni aku niatkan sbg panduan untuk aku di masa hadapan sebagai bukti utk aku rujuk. Untuk lihat setakat mana aku bertahan dan istiqamah dgn keinsafan ini. (currently Kalimah Cinta by Inteam is on air, sebaknyaaa..) Rasa hati aku sangat abstrak untuk ditafsir, tetapi jika apa yg aku sampaikan di sini dpt difahami, aku bersyukur sesungguhnya. Aku tak tau kenapa tiba2 aku jadi selemah ini sedangkan aku bukan tidak pernah diduga dgn ujian yg lebih berat. Aku telah terbiasa dilatih untuk jadi seorang yg berdikari, tabah dan bijak menangani tekanan. Adakah faktor usia atau persekitaran, aku tak tau. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Entah kenapa, tekanan kali ini benar2 mengugat kesabaran yg sentiasa aku semaikan selama ini. Aku jadi sedih kerana aku terpaksa menanggung semua ini berseorangan. Aku sebak kerana aku tak sanggup untuk bercerita dgn sesiapa kerana di fikiran aku, tiada sesiapa yg akan sedia mendengar apalagi membantu. Aku ada Jaja, tapi aku takkan terus menerus membebankan dia kerana aku sedar dia ada keluarga yg perlu diberi lebih perhatian. Maafkan aku Jaja, aku nak kau jadi ibu dan isteri yg solehah, itu lebih penting dari menjadi seorang sahabat yang baik. Family? Aku takkan menyusahkan mereka, aku tak mau selama-lamanya nak menyusahkan mak dan abah, cukuplah berpuluh tahun mereka berkorban untuk aku. Kadang2 aku rasa bersalah, kerana seolah2 berpura2 biler pulang ke kampung. Mereka tak sedar yg anak dara sorang ni menanggung tekanan yg amat. Aku tak pernah lupa yg aku masih punya Allah Yang Maha Mengetahui dan Memahami. Aku bukan muslimah yg sentiasa taat. Aku sentiasa mempermainkan keinsafan. Aku tak pernah nak istiqamah dalam taubat, Na'uzubillah. Aku hamba yg lemah, yang hanya merasakan penuh kehambaan apabila ditimpa musibah. Faktor2 itu tanpa disedari sebenarnya membuatkan aku rasa malu sangat pada Allah, aku rasa seperti tidak layak dipanggil Hamba Allah. Hamba di atas muka bumi sentiasa taat pada tuannya tapi aku?? Aku jadi takut dan tersangat malu untuk terus meminta pada Allah, betapa kerdilnya aku. Dan Allah pastinya murka kepada hamba seperti aku. Inilah yg menjadi sebab mengapa aku betul2 rasa sedih dan sebak, pada siapa aku nak mengadu? Mujurlah, syaitan tidak terus mempengaruhi hati aku. Tiba-tiba aku terfikir bahawa tiada di atas muka bumi ini yg lebih penyayang dan lebih pengampun dari Allah. Walaupun Allah menurunkan musibah kepada aku, itu bukan sepenuhnya bermaksud Ia murka, tetapi Allah sangat menyayangi aku dan tidak mau aku terus hanyut, terus menjauhkan diri dariNya. Aku insaf. Berdosa besar aku berburuk sangka pada Allah yang menjadikan aku dalam keadaan serba sempurna ini. Aku cuba membayangkan mak. Sedangkan mak yg cuma manusia biasa akan sentiasa bersama aku walaupun berkali2 aku ingkar kata2nya. Kasih sayang mak begitu agung, dan aku sedar kasih sayang Allah berlipat kali ganda lebih dari itu. Jadi mengapa harus aku malu lagi? Allah adalah Tuhan yg hakiki untuk aku mengadu untung nasib. Perasaan ini memang sukar untuk dijelaskan dengan kata2. Aku mula menanam perasaan sangat sayangkan Allah dan kasih sayang itu sebenarnya terlalu kecil untuk dibandingkan dgn kasih sayang Allah untukku. Aku seolah2 seperti anak kecil, yang memohon ampun kepada ibunya setelah berbuat salah, dan ibunya dgn tenang dan tersenyum memeluk sang anak dgn penuh kasih sambil melupakan terus segala kisah lalu. Sesungguhnya mengenang itu semua, aku tak sanggup berbuat apa2 melainkan membiarkan air mata terus menitis menyuarakan rasa terharu di hati. Subhanallah... Maha Suci Allah. Semoga aku akan terus merasai nikmat kasih Allah selama-lamanya. Aku mau sentiasa rasa dekat dgn Allah. Aku tidak tau sama ada perkataan aku ini benar atau salah. Aku mau jadi insan yang taat dan bertaqwa bukan kerana aku takut pada Allah tapi kerana aku sangat sayangkan Allah. Aku hanya mengambil perumpamaan yang simple. Jika kita sayangkan seseorang, kita akan selalu menuruti kata2nya dan rasa gembira jika dapat berbakti, dan kita tidak akan sampai hati untuk menyakitinya apalagi membuat dia marah. Hanya satu yg aku betul2 mohon, janganlah sampai aku merasa jauh dari kasih Allah. Biarlah setinggi mana dugaan, jika itu yg akan menghampirkan aku dgn restu kasih Allah, aku redha. Aku ingin jadi insan solehah yg redha. Aku teringat satu kisah tentang seorang wali, katanya jika restu Allah itu terletak di dalam neraka sekali pun, dia sanggup dihumban ke sana. Sampai begitu keimanannya. Kini, aku lebih tenang... Aku sangat2 bermohon agar ketenangan ini berpanjangan. Dan aku harus berusaha untuk mengekalkan ketenangan itu. Antaranya ialah dengan berusaha untuk mencari angin baru, atau setepatnya aku nak bertukar kerja. Aku seperti sudah dpt melihat bahawa satu hari nanti, hidup aku akan lebih haru biru jika terus di sini. Dan jawatan yg sedang aku pohon pada asalnya secara suka2, kini aku berdoa agar ada lah rezeki ku di situ.. entahlah, tawakkal ajer lah yg aku mampu sekarang. Confirm ada antara kalian yg akan terfikir aku perlu mempunyai seseorang yg istimewa sbg suami sebagai teman mengharungi hidup. Biarlah soal ini, Allah yg tentukan, yang tahu yang terbaik untuk aku. Aku dah penat menjadi lilin yg berkorban untuk membahagiakan orang lain. Aku jugak ingin rasa bahagia dan aku sangat yakin Allah sayangkan aku dan akan diutusnya seseorang yg boleh membahagiakan aku di dunia dan akhirat. Semoga insan itu, adalah insan yg sama2 dapat membimbing aku mencari kasih Allah yg sejati, insan yg memang aku sanggup sujud padanya jika dizinkan untuk sujud selain drpd Allah (bak kata Rasulullah SAW). Kalau ditakdirkan aku bersendirian sehingga akhir hayat pun tak per, umpama Rabiatul Adawiyyah yg kekal bersendirian kerana bimbang tidak mampu membahagi ketaatan secara adil antara Allah dan suami. Hemm.. nak masuk part kurang serious sikit, tp jgn gelakkan aku tau. Dulu kak ayaka pernah cerita kat aku. Dia kawin ngan orang Iban. Katanya, orang melayu semua tak nak kat akak, nak wat camna. Aku cuba bandingkan dgn situasi aku. lebih kurang sama hehe. Orang bujang sumer tak berkenan kat aku, yg berkenan pun semuanya suami2 orang. Peliklah, apa yg orang bujang pandang dan apa yg orang dah berumahtangga pandang kat aku ni, aku pun tak tau. Untuk berkongsi kasih tu mmg payahlah, walaupun dijanjikan payung emas di padang mahsyar kelak. Menghayati lagu Pasrah Segalanya - Dehearty
|