|
|
|
8:44 a.m. - Friday, Apr. 29, 2005 Muehehe, malasnya nak bangun dari hibernasi yg yg sungguh menyeronokkan ini. Thanks to Zairin for switching on the light, otherwise i might be a silly sleeping beauty who wake up only at 10 o’clock. Mandi, bersiap dan terus ke bilik Norlin dan Oja. Gosh, these two girls thought that there was no breakfast as the given table did not include the breakfast time. So, again?? I am waiting. At 1st, i decided not to go for breakfast coz we were already late. But, bila tengok ramai plak orang yg baru nak masuk breakfast, kami pun dgn muka tak malu, masuklah menyelinap. Rugi beb tak makan. Tapi cover2 sikit tag nombor tu, kang ada yg kena demerit tak pasal2. Makan mihun goreng yg agak pedas (sib baik perut aku yg gastrik ni tak meragam). Then masing2 terus ke bilik slot masing. I couldnt remember the name of the room as i had entered so many rooms in these three days, you know. Masuk jer bilik, mak oii, i was the last girl arrived. Fasi pun dah ada plak tu. Malunyeeerrr!!! Cover beb cover. Tetiba, eh, do i know you? Nama dia Izah. Check punya check rupanya budak UTM, satu course lagi plak tu, but different major, konvo pun samalah beb. Ayu ayu, apalah ko, member satu course pun tak kenal. Rupanya dia pun cam aku gak, macam cam macam tak, kira fair n square lah. Our 1st Case Study adalah berkenaan sebuah syarikat yg tengah ada problem, in BM. Ketuanya Maha. Case Study kedua plak in BI, Fazlin Dilemma. Along the session, probably i was a bit talkative and over acting hehe. But still, Maha lg banyak cakap dr aku. Aku ni bcakap bila perlu jer, tp klu orang dah kasi peluang, mmg susahler nk berenti hehe.. habis kuar sumer ilmu marketing, sales rebate lah cash discountlah, HR lah, DI lah, The Apprentice pun keluar, entahapa2 aku ni. Then, went for minum pagi dan aku balik bilik, prepare for public speaking BM utk petang. Kertas kecik yg fasi kasi, aku pancung lagi jadi dua bahagian, jadilah dia kepingan2 kertas yg kerdil, muat2 tapak tangan aku yg comel ini, hehe (itu namanya perasan). Sempat timing sumer, then sempat jugak aku buat teks utk public speaking BI tp sempat siap separuh jer, to be continued after the 2.4km run. So, tghari, kuar sama ngan Zairin, tp tengah jalan baru perasan yg aku ngan Zairin, dua2 terlupa pakai tag. Tak haru lah plak sama2 kena panjat balik bilik amik tag, padan muka masing2, padahal tag tu tergantung tersergam indah depan cermin masing2, klu dah mata masing2 kero. Masuk jer bilik Public Speaking tu, aku dah kecut perut, ada 21 orang dlm sesi aku tu. Macam hebat2 jer derang sumer, aku dah rasa cam rendah diri sangat. Dah tu masuk plak panel2 penilai, mak ampun.. apsal derang sumer ni nampak formal sangat, masing2 berkot, ala2 korporat gitu. Rama2 mula berterbangan dalam perut ku.. taakkkuuutt. Acara pun bermula, satu demi satu dipanggil. Ramai yang cakap psl isu semasa cam gejala sosial, budi bahasa dan nasionalisme. Ada plak tu yg lain sikit, wat pasal tempe (buat tempe taruk kuman? Bukan pakai ragi ker? Weiii aku taulah pasal pak teh aku pengusaha tempe). Tengah2 majlis tetiba bleh blackout plak, aduh mak, rosak aku punya mood, nasib baik masa tu bukan turn aku dan nasib baik blackout tu kejap jer. Masa take 5, aku dh gelisah, lamanya nak sampai giliran aku, rasa macam nak ajer angkat tangan dan cakap ‘tuan, bleh kasi turn saya dulu tak? Penatlah tunggu, kebas otot2 saya ni hah’ hehe cam berani jer. Mana taknya, kertas teks kat tangan aku pun dah nak lunyai. Dan mimpi buruk ku akhirnya mjadi kenyataan psl i was the last person to come in front. Masih teringat, masa nak kena panggil, everybody was looking at me. Masa turn aku, aku present sebaik mungkin dan separuh masa jer aku tgk teks, lepas tu, teks ke mana, aku plak merapu entah ke mana. Tapi sumer orang cam paham jer, cam konsentret gitu biler aku bcakap, haha.. korang kena auta pun korang tak tau, padan muka korang. Tak cukup tu, ada plak 2,3 orang aku perkenakan hehe. Nak tau aku cakap psl apa? Aku cakap pasal Thomas Alva Edison, hehe.. amik idea masa kelas inovasi dulu. Teringat PM Aziz, dia selalu kata aku ni ada tokoh jadi lecturer, tp smpi sekarang tak jadi2 jugak. Petang plak, bkumpul di padang untuk mula larian. Adush.. risau aku leh lari ke tidak ni psl dah lebih sebulan aku tak jogging. Konon sebelum pi PAC ni nak practice dulu lari2 ni, tp cakap jer, habuk pun tarak. Hehe.. itulah aku. Barulah aku perasan yg ada dua orang ibu mengandung dalam program ni. Cuaca petang tu macam main belon acah ngan kitorang, guruh jer lebih, ujannya tarak. Kalau ujan, leh tunda esok. Petang tu leh balik bilik, prepare utk public speaking malam plak. So nak wat camna, bermulalah larian. Lari tak leh main2 psl derang amik masa, nk tengok kita fit ker tidak. Hampeh, masa starting lari tu, brooch tudung yg aku pinjam adik punya jatuh dan hilang, adusshh kaciwa sungguh. Aku sudahkan larian 2.4km tu dlm masa antara 15-18 minit. Tak taulah itu kategori fit ker tidak. Tp yg pasti, ramai jugak budak lelaki dlm kumpulan tu. Bantai lah kira alright lah kot. Then, balik makan dan naik bilik. Masa tgh gosok baju utk slot malam, tetiba aku terpk nk cakap pasal blog. Hampeh, padahal dah skerat jalan aku buat teks utk tajuk ‘Be Humble Enough To Obey, You May Give Order Someday’. Aku siap tepon Jaja kat psl tajuk apa nak buat. Jaja suggest aku wat psl blog. Tp last2 minit, aku stick on the old topic. Slot aku, dibuat di ruang terbuka. Alamak, ramai plak budak2 yg sama dgn slot BM petang tadi. Ada encik tempe, encik perpaduan, encik corruption, akak silat cekak dan banyak lagi. Malam tu, lebih separuh orang bcakap pasal IT dan instinct aku mmg baik punya. Akak silat cekak, bcakap pasal blog jugak! Sib baik aku tak wat tajuk yg sama, klu tak, tak ke cam malu gitu.. hehe. Encik tempe plak bcakap pasal fever malam ni. Tapi honestly aku rasa cam tak bersedia, mungkin psl penat. Masa turn aku, aku mintak utk diri sebelah meja. Sebenarnya aku tak selesa klu orang pandang direct pada aku. Kalau ada meja kat sebelah, kira cam org tak der lah focus sgt kat aku, yer tak? 2,3 ayat aku bcakap, aku disuruh berenti psl panel nak jugak aku diri kat tengah. Aku dah mula bengang, tp aku buat selamba konon tak der apa2. Tp dlm hati aku ni, Allah jer lah yg tau. Semangat dan konsentrasi aku terus down, dah ler aku tgh penat dan mengantuk, td masa aku mintak izin awal2, tak der plak kata tak boleh. Bila aku dah start, tetiba suruh berenti dan start balik, sapa tak bengang? Tapi bila pk2 balik, aku patut diberi markah lebih kerana berjaya berlagak profesional dan meneruskan speech wlupun dlm hati tengah bengang separuh mati. Balik je, aku amik roti, amik air, terus angkut masuk bilik. Terasa hilang dah beban wlupun esok masih ada slot. Kisah Public Speaking terus aku buang dr paler otak aku ni. Drpd pk, baik aku tengok cerekarama kat TV. Kul 12, abis cerekarama, aku ngan Zairin sama2 teridur kepenatan, penat lari, penat bcakap dan penat tgk drama Jehan Miskin mati kena bunuh psl nak kejo peragut (cam dlm berita plak). Esok apa nak jadi, jadi lah... eh, esok nak balik dah.. seronoknyaaaa!!!
|