Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

5:23 p.m. - Monday, Apr. 25, 2005
Separuh Hari Pertama Di PAC IKWAS
Assalamualaikum..
Back to work after 4 days off. Off day but my body now is extremely tired and my eyes.. adoiii very2 sleepy. But unfortunatley, i got tution class tonight and will never haf the chance to lie down and rest until 10.30pm at least.

I was attending PAC or PTD Assessment Centre for 3 days at INTAN Wilayah Selatan or IKWAS. One of the stage that i need to go in the process of PTD intake. Nak jadi orang gomen katakan. I would like to tell u guyz my experience there, but rather to write in bahasa rojak so i wont get stuck in the middle, thinking the right words to present my thoughts. In direct words, MY ENGLISH IS BAD.. hehe.

1st DAY

Woke up enthusiastically. Barang semua dah siap packing dari semalam but still mak masih sibuk tanya itu dah bawak? Ini dah bawak? Adoii.. this is not my first time pergi kursus malah dah berpuluh kali pun. Pagi, we are running out of water supply, nyampah plak aku ngan SAJ ni. Tapi tetap abah tolong basuhkan keta aku hehehe... pasal dah janji semalam kalau abah pinjam keta aku wat gi JB, abah kena tolong basuhkan sebelum aku pi Kluang. Hehehe.. kejam gitu. Actually mak mcm tak suka aku gi sorang, asalnya mak nak suruh abah hantar aku pakai keta Honda dan keta Wira aku tinggal umah untuk mak pakai. Masaelahnya, kereta WIRA ni aku dah tuang full tank semata2 untuk journey ke Kluang ni. Takkan nak tuang sekali lagi untuk keta Honda ni plak, bengkrap beb aku, dah ler ujung bulan ni. Lagi plak, aku dah 25 tahun apa, takkan lah masih nak dihantar, bukannya aku tak der lesen pun. Jalan Pasir Gudang n JB yg sesak giloss ni pun aku dah biasa, inikan plak setakat Kluang. Ececeh, berlagak gitu.

Sebelum berangkat, selain mak abah yg kasi wasiat, aku pun ada wasiat jugak. Sesapa yg telefon aku kat umah, tolong kasi tau yg aku balik kampung. Huhuhu.. aku takmoh lah karang ada orang ofis yg tau rupanya aku ada intention cari keje lain, pergh naye beb aku. Pada housemate aku pun aku tak cerita sebenarnya, pasal aku tak mau dia ingat yg aku ni ada intention nak kuar dari umah sewa kitorang ni kelak. Kat opis ni yg tau aku gi kursus ni cuma En Azmi ngan Kak Ina jer. Aku yakin derang boleh zip mulut masing2.

So, journey ke Kluang aku steady jer. Tak ikut jalan dekat, tapi rela ikut jalan jauh pasal nak ikut cakap mak psl jalan dekat tu sunyi sepi sikit. Rilek2 pun sampai jugak aku ke Kluang pada pukul 9 lebih. Dah ramai jugak yg datang dan orang pertama yg tegur aku masa kat tmpt parking adalah Maha ngan Norlin. Maha dr Kl, Norlin plak orang Kluang jer. Smapi jer, terus kena amik ketinggian dan berat, aikk.. aku jadi pelik, ni nak masuk jawatan PTD ker, nak masuk Amerika Next Top Model. Then, terus daftar, dapatlah nombor badan yg besar gedabak tertera 48. Nombor yg harus dipakai di mana2 jua sepanjang program. Cik 48, itulah aku. Selain Cik 48, aku ada nama lain jugak kat sini iaitu Cik Lampu, tp tu citer hari kedua nanti. Dah tu, pendaftar siap tanya kita leh main alat muzik apa, aku btambah pelik, eh..ni macam nak masuk Akademi Fantasia ler plak. Dah amik kunci bilik, kitorang pergi plak bergambo. Gambo berlima dari no 45 sampai 50. Dgn tag kat badan mcm banduan, bergambar macam ala2 Malaysian Idol gitu, buat aku lagi jadi hairan, apa motif derang ni?

Lepas tu, tak sempat masuk bilik, kena plak pergi amik ujian Bahasa Inggeris. Hehe.. macam soklan budak sekolah menengah beb.. Tp aku main bantai jer, aku bukan terer sgt pun. Sib baik nomor aku ni dlm 50 terawal, kalau tak, harus aku kejung nak tunggu amik ujian sesi 50 orang seterusnya. Abis ujian, derang kata ada minum pagi. Aku pun ngan Norlin selamba badak nak masuk Anjung Selera tp kena tahan ngan Cik Siva, dia kata minum pagi tak der, kul 11.30 nanti baru terus lunch. Hehe.. bengang seh, malu muka aku, tp control jer. Kitorang tak salah, fasi tadi tu yg silap kasi arahan. So, kitorang pun terus angkut barang dari parking ke bilik, berpeluh kepanasan dan kepenatan. Orang lain ramai yg dtg dihanto mak bapak smpi kan ada staf INTAN tu siap tanya kat aku ngan Norlin 'Family awak tak datang hantar sama ker'. Hehe.. kitorang ni berdikari, datang cuma bersama doa restu sahaja hehe, klass ngko.

Biliknya 104, pergh.. betul kata usu, macam hotel beb. Aku ingat cam asrama2 biasa, sebab tu aku siap bawak selipar tandas, shampoo, sabun, lilin dll. SIb baik, kalau ikut cakap mak pagi tadi, baldi pun dia suh bawak, tak ke karang aku yg segan hehe. Rupa2nya sumer lengkap, bilik air pun dlm bilik, ada TV, ada aircond, ada peti sejuk lagi, classs nyahh. Tp aku tak puas hati psl hanger dia melekat, tak leh tanggal, leceh beb nak gantung baju. Roommate aku orang Negeri Sembilan tapi kerja kat KL, kat TIME, hehe teringat aku ari tu ada dapat kerja kat situ. Zairin pun kerja dlm bidang IT jugak tp dia contract basis. Kitorang sebaya plak tu dan sama2 anak MRSM rupanya hehe.

Tengahari turun makan, hehe.. cantik cafenya, betul macam hotel2 tp makanannya bagi aku biasa2 jer. Sebelum naik bilik aku ngan Norlin ngan Oja pi survey Dewan utk slot ptg nnt. Oja ni roommate Norlin, dia pun sebaya ngan aku (norlin plak lahir 1979, in fact sumer peserta adalah 25,26,27 jer). OJA ni pun ada gaya2 Jaja hehe.. duduk pun kat Bandar Tun Hussien Onn, tmpt Jaja duduk dulu. Cara cakap ala2 sebijik gitu. Pelik aku, kat mana2 aku pergi, mesti ada orang yg ala2 Jaja yg aku jumpa (still my Jaja is the best lah kan).

Lepas tu, budak lelaki pi semayang dan aku pun naik bilik, bukak tv dan tidur.. hehe.. bersambung....

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!