|
|
|
12:33 p.m. - Friday, Mar. 11, 2005 Semua orang dah keluar nampaknya. Yg lelaki dah kuar pi solat Jumaat. Aku cam biasa tghari mmg tak makan, takut ngantuk petang, abis sumer produktiviti down beb. Keje masih banyak. Arghhh.. penat sangat2. Multitasking punya worker lah katakan kui kui kui.. ini sumer save budget punya pasal lah ni. Tapi klu tawun depan derang tak naikkan gaji aku kaw kaw punya.. almaklum sdiri mau ingatlah beb. Hari2 nak kena pi monitor attendance system, amik report dan check. Actually kerja2 check attendance ni kerani aku yg buat. Tapi for the start, bos nak aku sdiri monitor dan deal dgn section head regarding sebarang hal2 kedatangan mcm cuti, mc, lewat, dll. Dan aku mmg cerewet, dan mmg check betul2. Yg datang lewat lebih 5 minit, yg absent without prior approval, yg kuar waktu keje lebih waktu yg dibenarkan dll. Mmg teballah skit muka nk menenyeh kat orang2 ni dan bersoal jawab mcm polis. Hehe.. aku buat mcmlah company ni aku yg punya. Sah2 lepas ni aku kena cop polis pencen tak bertauliah. And recently, aku find out that OT claim form, tak diperiksa dan bandingkan dgn attendance record. So, anytime org bleh tipu. So, aku pun bukannya nk bebankan kerani2 ni. Jadi, utk attendance aku mmg check sdiri dan OT aku wajibkan kerani utk buat checking one by one. Saper nak rugi maa... Lagi satu, apa kejadah haji kasi satu report dlm bahasa indon dan suruh aku translate ke BI, tak ke haru. Dah ler bahasa indon tu aku banyak tak paham, lg nak translate, 20 muka surat plak tu. Tak macam pening nak muntahlah pulak membuatnya. Dan sekarang jugak aku tgh dlm proses menginterview jawatan utk clerk baru, mggantikan kak yurena yg nak berhenti psl ikut laki dia kerja kat PTP. Semalam dah interviu sorang, ari ni sorang lagi. Aku rasa compare to yesterday i am much better today. Tak pernah2 interview orang kerja tetiba kena wat cam tu plak. Dan aku tak tengok sgt kelulusan, alerr clerk grade 3 jer maa.. Yg penting atitud budak tu. Adakah dia bleh easily adapt to new situation and must be willing to learn, humble is a bonus keh keh keh. Dan computer literacy is a must. Mcm semalam, ada ke patut, nak save file pun tak reti, per citer. Yg ari ni punya quite ok tapi sumer kena KIV dulu, we are looking for the best candidate. Lets stop talking about works. My personal life is.. what should i say. Entahlah. Macam dah tak der life ler plak kan. Bangun pagi, mandi, solat, kejut Ajai, bersiap, hantar Ajai pergi kerja dan perhentian terakhir adalah ofis aku lah beb. Sebelum masuk ofis, pi kantin, tapau breakfast, then terus wat kerja cam biasa, smpi tghari, rehat baca paper dan pi surau. Masuk, kerja lagi smpi 5.30. Balik, amik Ajai, balik umah. Melepak kat ruang tamu smbl dengar radio atau tengok TV atau just termenung merenung kosong sekadar nak merehatkan otak. Pastu semayang asar, mandi, semayang maghrib. Malam plak, either pi tuition, pi umah cik ar atau sekadar duduk umah tengok VCD. Then, mata selalunya cepat ngantuk dan terus tidur dgn radio yg tpasang smpi pagi. Semalam tidur lmbt ler plak psl ulangkaji tengok Kal Ho Na Ho. Citer sedih tp lagi sedih biler teringat VCD KHNH aku punya, dibeli masa kuar dgn akhi for the 1st time. Cedih sgt. Aku ngan akhi mcm dah habis cam tu jer. Apa kes? Entahlah, tp pagi ni aku dtg ofis tengok keta dia ada. Biler masa plak dia amik keta tu. Ari tu tersadai punya lama kat workshop, takder duit nk bayar. Aku terus jadi sebak. Sah lah dia dah tak memerlukan aku dlm hidup dia. 2-3 minggu lepas, dia buat hal yg mmg buat aku sakit jiwa yg sangat2 lah. Dan aku mmg 150% yakin orang lain klu di tempat aku pun akan marah. Tp aku sabarkan ajer. Dan sampai skrg dia sikit pun tak mintak maaf, sikit pun tak nak contact apa lagi nak tegur. Aku mmg sedih sangat2. Lagilah 2-3 hari ni biler aku tak sihat, hati aku ni cepat sungguh tersentuh. Smlm petang aku balik umah, smbl baring mdengar radio aku bleh menitis air mata. Malam smlm, bleh plak aku mimpi kan dia. Dlm mimpi tu dia bersungguh2 nk mintak maaf kat aku tp aku buat donno dan melarikan diri. Apa maksudnya ek. Mungkin kalau terbalik, maksudnya smpi ke kiamat haram dia takkan mintak maaf kot. Bangun subuh aku terus rasa sebak. Dan rasa sebak tu masih ada smpi skrg. Tp biarlah apa orang nak kata atau apa dia nak anggap. Tp hati aku ni Allah jer yg tahu, biarlah dia tak tau yg aku tak pernah lupakan nama dia dlm doa2 lepas solat aku. Aku tak berdendam. Apa yg blaku hanya satu kesilapan. Aku masih dlm proses membina jati diri. Aku ingin jadi muslimah yg teguh hati, berprinsip dan dihormati tanpa mengenepikan fitrah kewanitaan dlm apa jua yg aku lakukan di mana jua.
|