Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

12:56 p.m. - Tuesday, Feb. 08, 2005
Ukhuwwah itu indah jika ikhlas kerana Allah..
Smlm, aku tetiba rasa tersentak, biler dpt sms dari jaja. Dia ada operation buang appendiks ari ni. Barulah aku perasan dah baper lama aku tak contact dia. Smpikan dia ada appendiks pun aku tak tau. Kawan mcm apa lah aku ni. Klulah sakit yg lebih serius, atau apa2 berlaku kat dia, tentu aku takkan maafkan diri sendiri.

Semalam jugak aku byk berfikir tentang kawan2. beberapa hari ni aku rasa spt berjaya menghampirkan diri dgn kawan2. T, Ajai, Mur, Jaja, Ida dan akhi. Aku kuar tengok wayang ngan t, cari umah sewa ngan ajai, ida hanto emel kata nak bertunang 11/2 ni, aku tepon Mur dan dia dah pass dpt driving license, akhi plak dah mula nak tegur aku ari tu. Balik dr tuisyen smlm, aku dengar lagu Doa Perpisahan kat IKIM, aku rasa sedih, pastu ada plak lagu hijjaz yg ditujukan utk ahli derang yg dah meninggal tu, aku rasa sedih lg. Tp balik umah, radio aku wat hal, tak leh tune ke IKIM. Geram tul, rasa nak humban ke dinding radio tu. So, aku mula termenung dan mula berfikir2 sendiri, betul ker apa yg aku buat selama ni pada kawan2 aku. Especially pada akhi, yg perempuan aku tak kisah tp dgn dia yg sorang ni, psl dia lelaki. Sejauh mana aku tunaikan hak sbg kawan dlm lingkungan batas pergaulan Islam, antara lelaki dan perempuan.

Biler aku pk2 balik (apsal aku ni byk sgt berfikir ek, kang cepat tua..) entah kenapa tetiba aku rasa insaf atas apa yg berlaku antara aku ngan akhi. Sesuatu yg sangat complex utk difikirkan. Tp semalam mmg aku rasa menyalahkan diri sdiri yg amat. Entahlah, mungkin aku tlalu berfikiran negatif, aku pun tak tau. Ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah. Tp aku rasa aku yg gagal mempertahankan ukhuwwah itu wlupun setiap hari aku berdoa agar Allah merestui dan memelihara ukhuwwah ini. Aku yg bersalah kerana mmbiarkan diri aku hanyut dgn perasaan dan hati walaupun aku tau ia takkan ke mana. Klulah aku tak layan rasa hati aku tu, tentu aku ngan akhi masih bleh bkawan spt dulu. Aku yg bersalah kerana mmbuatkan dia jadi keliru, kesian akhi. Aku tau dia keliru dan susah hati memikirkannya hingga kadang2 tanpa dia sengaja menyebabkan aku terluka hati. Lepas tu, aku marah2 lagi plak tu. Ada ke patut? Aku yg bersalah dari awal, kenapa aku nak marah? Kawan mcm apalah aku ni.. tak berguna langsung. Konon dulu aku beria2 kata aku bkawan dgn seadanya, tp biler dia wat salah kat aku, aku terus melenting. Sampai satu tahap, aku rasa aku dh hilang sabar, dan aku mintak utk mengundurkan diri dr ukhuwwah ini. Apa yg aku dah buat ni? Apa nak jadi? Senang2 jer aku nak lari mcm tu, betapa lemahnya aku, hipokrit plak tu. Tp aku tau kenapa aku jd mcm tu, sebabnya simple, sebab aku sgt sayangkan akhi dan di situlah silapnya.

Aku risau2 mcm ni, tp aku tau mungkin akhi sdiri tk risau apa2 pun. Dia tak kisah dan itu yg sblm ni slalu buat aku skt ati. Tp aku lupa dia mmg mcm tu, kenapa aku nk marah? Lama berkawan, aku dpt lihat kelemahan dia, dan aku patutnya dh tak bleh nak terasa2 hati dgn perangai dia. Konon kata orang aku ni penyabar, tp kenapa dgn perkara mcm ni aku bleh tewas? Aku tau aku ni kadang2 berleter jugak dgn dia biler ada yg dia buat tu tak menyenangkan hati. Pas2 aku terpk adakah aku ni nak mengubah dia? Adakah aku ingin membina seorang akhi yg sempurna di mata aku? Adakah aku malu dgn diri dia yg skrg? Apa niiii !!! Entahlah, mungkin aku tak layak menjadi seorang sahabat yg baik utk akhi. Dan semua masalah ni, mmg berpunca dari aku.

Ada sorang kawan (lelaki) pernah beri nasihat bgimana caranya aku bleh ikat si akhi tu jd hak aku. Kawan ni jenis yg agak free pemikirannya tp Alhamdulillah, aku bukan jenis yg akan ikut cadangan mcm tu, berkat pegangan pada akhlak Islamiah yg aku usaha terapkan selama ini. Aku tak mau hubungan yg jauh dari redha Allah. Biarlah ia hancur tp utk melanggar batas itu tidak sekali2 wlupun sekecil zarah. Biarlah akhi tgk aku ni mcm perempuan yg tak pandai jaga hati lelaki, kasar dll, tp aku stiasa ingat prinsip aku. Yg terbaik dari aku cuma untuk insan teristimewa yg bakal bergelar suami. Klu aku yg sekarang dgn aku yg dh jadi isteri orang pun tak der bezanya, apa keistimewaan yg bakal suami aku tu dapat? Aku memelihara diri selama ini hanya utk insan yg istimewa itu. Itupun kalau orang nak faham, tp klu derang taknak faham, apa leh aku buat. Agaknya sebab tu dr dulu smpi skrg, aku tk pernah bkawan serius dgn mana2 lelaki. Aku mahukan yg pertama itulah yg terakhir. Bg aku, hubungan kasih seperti ini terlalu suci dan istimewa utk punya yang kedua, ketiga dan sebagainya.

Dan skrg, yg pertama itu mgkn sudah ada, adakah dia akan jd yg terakhir, takdir Allah yg menentukan. Aku tak tau mcmmana lagi nak pulihkan ukhuwwah aku dan akhi. Bukan aku taknak, tp aku takut aku tak dpt jadi seorang yg betul2 sabar dan menerima segalanya seadanya. Aku takut tk mampu tunaikan hak sbg sahabat itu. Aku bimbang klu aku nnt sbnrnya tak sekuat mana. Mmg ramai yg kata aku ni mencari nahas, menempah risiko biler bersahabat dgn akhi, tp aku ni jenis yg sangat percaya klu rasa kasih seperti ini takkan hadir tanpa izin Allah, sebab tu aku berani layan...

Argh.. korang tengok, dr awal entri korang tentu dpt rasa yg hati dan otak aku mmg tgh meliuk lintuk mcm lalang. Dan itulah hakikatnya, aku keliru dan masih mengharap petunjuk murni dr Allah utk keluar dr kebuntuan ini...

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!