Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

12:11 p.m. - Friday, Jan. 28, 2005
Never crack under pressure
Jumaat, esok cuti. Bukan cuti haper, sajer amik cuti utk pi ujian perkhidmatan PTD. Ekceli, bukannya aku nk sgt jawatan tu pun. Tp klu dpt, per salahnya. Dgr kata kerja nya cam glamer jer, leh travel kulu kilir. Besh tu!! Tp aku pi pun ujian tu skdr nk cari pengalaman, nak test paler otak aku ni msh genius (dulu genius ker?) dan boleh pakai lagi ke tidak. Dengo kata, ujiannya tough tp aku tak terpk lgsung nk korek2 rahsia atau tips dr orang yg dah penah amik ujian tu. Gamble jer lah, aku malas dah nk bsungguh2 sgt kang klu fail, aku jugak yg frust. So, baik aku pergi dgn riang gembira hehe walaupun aku tau aku akan kejong mengadap ujian tu dr kul 9 sampai 4.30 ptg. Padan muka aku, baik2 kerja kul 9 smpi kul 1, ko up lagi smpi 4.30ptg. Tk aper, minggu depan kan dah cuti panjang 5 hari. Habis satu kilang dipaksa amik off 12hb. Klu dulu, pernah siap compulsory leave. Nak paksa2 plak orang cuti padahal yg sibuk nak beraya tu cuma orang ca jer.

Semalam, aku dah kasi tau mak psl nak pindah umah. Mak ok jer, abah pun ok jugak cuma derang nak tengok dulu umahnya camna. Klu jadi pindah ok jugak, bebas sikit aku. Cheh, nak bebas konon. Klu nk diikutkan duduk umah sekarang byk jugak con dia tp aku tak pernah kasi tau kat mak psl klu mak tau, tentu on the spot mak heret aku balik umah. Aku pun mls lah nk wat keje bodoh, buat list segala kebaikan keburukan. Ingat ni karangan fakta SPM ker haper.

Semalam jugak, aku balik lambat psl spend skit masa anto emel kat besfren aku. Aku dah seupaya mungkin luahkan apa yg aku rasa dan aku pasti dia akan tersinggung punyalah. Tp aku dah nekad. Ini lebih baik dari aku memendam rasa dan bersabar jer selama ni psl konon nk jaga hati orang. Dh smpi masa aku nk jaga hati sdiri, salah ker? Aku sengaja tak nak telefon psl at the end, aku yg bengkrap. SMS, of coz dia tak kan reply. Nk jumpa, aku takut kalah atau cair lagi dgn manis mulut dia. So, yg plg jimat dan senang adalah emel, konon cam jauh sgt pdhal satu kilang jer. Aku mmg cuba nak toughkan diri, tp control2 pun menitis jugak air mata aku. Aku tau aku gagal lagi nak pertahankan ukhuwwah ini. Lepas ni, aku perlu bertegas dan takkan kompromi lagi. Apa2 hal biar dia yg cari aku. Aku tak tau apa agaknya reaksi dia, mungkin sedih, meyesal atau mungkin dia seronok nak mampus biler aku kata aku nak undur diri. Klu ikut pada prinsip idup aku, aku takkan mudah lari dr masalah atau putus asa. Tp psl sorang ni, aku dh langgar mcm2 prinsip idup aku.

Tp, dlm hal kerja aku takkan menyerah kalah. Untuk new attendance system yg baru install kat kilang ni, mmg menuntut penuh kesabaran. Bayangkanlah di awalnya, bos purchase system ikut suka hati. Dia tak kasi tau aku, tu aku tak kisah pun tp dia tak bincang dgn orang Admin yg nak guna sistem tu. Aduh maak, korang yg dlm bidang IT tentu paham akibat buat system tanpa depth analysis. Dah tu, biler dah implement, aku kena handle semua, bos aku cam lepas tangan. Biler dah banyak problem, admin bising, bos besar bising, naik giler paler otak aku. Smpi satu tahap, tpaksa mintak supplier buat major modification kat system. Of coz supplier akan bising, no use dtg lama2 impliment last2 ubah hampir keseluruhan structure. Satu kerja lagi aku nak mengadap supplier plak. Bingit seh telinga. Sib baik aku ni betul2 background IT (bos aku tak, dia degree in math), so aku dptlah paham segala technical problem dgn system tu dan dpt deal betul2 dgn supplier tu.

So, biler dtg system baru siap modified, problem plak dgn human. Aku tau supplier betul2 nak senangkan kitorang dan amik berat security reason, that's why ada perubahan sikit dr segi penggunaan. Bagi aku system tu mmg dah ok, skrg masalah dgn user yg bising2 psl lecehlah, asyik tukar2 lah, itulah inilah. Masing2 tunjuk keras kepala tak nak ikut prosedur padahal aku tmpl arahan dlm bahasa melayu punya besar, nak ikut sikit pun payah. Aku nk wat camna, manusia mmg sukar nk terima perubahan esp orang2 lama ni yg berangin satu macam. Eeee... aku ni pakkal jer sabar, masih mampu buat cool wlupun kena maki. Kalau tak, tak psl2 kuar berita wujud gorilla betina kat satu kilang di pasir gudang.

System baru modified ni cuma baru fully implement semalam, of coz a bit messy lah kan. Admin dah bising biler ada lagi masalah. Aku dah terangkan sedaya upaya. Mmg bagi aku system dah ok cuma human error jer skrg. Lg pun, baru2 mmglah orang lum leh terima, lama2 dah jadi rutin, everything's gonna be fine. It's just a matter of time. Tp Admin Exec tu nmpknya asyik pk negatif jer, smpi dia leh kata nak drop out jer system tu n back to old manual stuff. What!!! Aku terus terang kata kat dia, aku tetap akan pejuangkan projek ni psl aku dh banyak berkorban utk menda ni. I'll make sure orang akan terima system ni dan seronok guna. Aku tau HOD sdiri tak amik kisah nak nasihatkan anak buah masing2, buat bodoh jer. Yg susahnya karang aku jugak. So, utk permulaan, aku sanggup tunggu depan system sepanjang masa n make sure everybody is taking the method of using it. Aku takkan give up!!

Oklah, sebelum terlebih emosi, baik aku pen off. Bye

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!