Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

10:13 a.m. - Wednesday, Jan. 26, 2005
Raya Pertama Yang Best
Ari senin lepas, aku dpt salary increament letter yg disteplerkan bersama slip gaji baru. Adushh.. merundum lagi. Kesian plak aku dgn diri sendiri, siapa lg nk kesiankan aku pun. Korang? Heh, itu akan mjadi lawak paling berkaliber dan mendebarkan yg aku penah dgr di dunia yg fana ini. Rasa nak terkehel iris, tergeliat retina mata aku menengok nombor2 yg tertera, seolah2 ada muka yg mngejek2 aku, chiss!! Agaknya mandum sungguh prestasi aku thun lepas ye’. Aku punya bharap yg ini cuma illusi optik, agaknya figure tu 1000 bukannya 100 yg aku nampak. Maybe 0 yg lagi satu tu imejnya jatuh atas bintik buta bebola mata aku kot, itu psl lah tk nampak. Huwaaa!!! Aku melalut. Weiii!! Yue, meh sini, KELETUUK!! Aku menyekeh kepala sdiri. Apa punya manusia dah tak reti bersyukur ker, nasib baik ada increament, nasib baik ada gaji, nasib baik ada kerja. Org lain tu ramai lg yg susah. Ko ni kan, eeee... insaflah sikit. Redha beb redha, dah segitu jer rezeki ko. Biar skit asal berkat. Manalah tau bos sengaja wat cam tu, psl ko kan derang nak transfer pi dept lain, masa tu, barulah gaji naik lebih skit. Padan muka ko, ari tu riak sangat.. Rasa nak balik umah time tu jugak, tp setelah mengadjust paler otak aku ke sudut darjah kewarasan yg normal, aku ok dah. 2 mlm ni kan aku ada tuition. Ikut hati nk jer balik kg cuti Thaipusam, leh ikut abah gi KL anto abang. Rasa hari senin tu patutnya aku cuti jer, tp teringat yg sabtu ni kan aku cuti lg, nak pi JB amik ujian kemasukan PTD, baper byk ari dah aku nk cuti. Doakan aku berjaya yer!

So, back to citer hari raya haji. Bangun pagi dgn terperanjat tdengar sore abah berleter. Aik, abah dah merampas kuasa berleter di rumah ni dr tangan mak nampaknya. Bukannya apa, abang liat nk bangun, dah tu mandi lama plak tu mcm mandi bunga, abah plak kena tunggu dia. Biler abah dh berleter, mmg menyeramkanlah. Basuh muka ala kadar stail Bujang lapok, aku terus pi gosok baju melayu abang ngan abah utk derang pakai pi semayang raya. Pi jer derang, aku kejut adik (ni lagi satu sleeping beauty), kasi dia assignment biasa, pi anto berkat kat rumah jiran2. Sambil tu, aku cam biasa, melakukan kerja2 ala Majlis Pembandaran kat dapur tu. Mak dah terlelap, syian mak penat masak malam tadi, aku sedap2 jer membuta. Adik2, mlm tadi derang nengok tv jer lah tu agaknya. Tiba part yg memeningkan paler bila jiran2 dah hanto juadah ke rumah, smpi dah tak der space atas meja tu ha nk diletak lauk. Bygkan biler satu rumah hanto 3 jenis lauk, 5 rumah, dah 15 lauk, lauk umah sendiri lagi. Pergh, pening jap aku. Sib baik lah lauk2nya lebih kurang sama jer, serunding, rendang, ayam masak kicap, lodeh dll. So berbekalkan seikit ilmu IT, aku aplikasikan dgn meng’compress’ lauk2 yg ada tu. Lauk kering yg sama, letak satu pinggan, asalnya nak campurgaul jer, tp memandangkan mereka bukan muhrim (umah lain2) kenalah korek parit atau taruk divider biar tak bersentuhan, senang tau ni lauk umah saper, ni umah saper. (Baca:Senanglah kalu nak kompelin nnt ahaks) Dah compress, kita defrag sama dia. Susun elok2 atas meja, kasi rapat..

Lepas kerja2 selesai, abang ngan abah pun balik. Aku plak sibuk menggosok baju sdiri plak buat pi beraya nnt. Baru gosok ¾ jalan, mak suh aku pi kota ngan bang dan abah. Rupa2nya depa nak pi amik motor baru abang. So, kononnya nnt balik, abang ngan abah bw motor, dan aku bw keta tu. Ni sumer kes mak tak caya abang bawak motor sensorang lah ni. Aku mls nk pi psl aku pun lum mandi lagi ni, aku mandi bukannya kejap, macam adik2 yg lain jugak, kitorang mandi cam mandi bunga, esp time aku tengah tak suci ni, setengah jam ler menunggu. Hehe. Tp mak menggunakan kuasa vetonya memaksa aku, aler along bukan wat aper pun, duduk jer dlm keta tu. Huh.. nak wat camna lagi, ikut jer lah, kat kota, smtr menunggu derang settlekan motor, aku duduk dlm keta wat per lagi, membuta lagik ler kuang kuang kuang. Balik plak, amboi mentang2 mak tak der, abah plak sporting giler kasi jer abang bawak sdiri moto baru tu balik. Chiss sengal urat biji mata aku menengok budak tu berlagak sungguh dgn motor baru. Aku dulu dpt keta baru tak der plak eksen mcm tu (ye ke? hehe). Bygkanlah ekceli motor tu punya road tax lum siap pun, tp psl adik aku ni dh terkinja2, tak menyabo2, tpaksa lah apek kedai tu kuarkan jugak motor tu. Balik umah pun kami pakai plat lama yg abah kopakkan dari motor suzuki scooter kat umah tu.

Balik umah dh kul 12, operasi merendam diri huhu.. tp kacau daun betul, abah bising2 lagi. Padan muka aku, mcm org lupa diri pdhal abah nak pi solat Jumaat plak. Tak per.. jgn jd anak derhaka, hehe. Lepas solat Jumaat, kami berangkat ke Bandar Tenggara psl raya kali ni, dh jnji nk kumpul kat umah Mak Andak. Cam biasa, saper lagi nak mendrebarkan diri klu bukan aku. Jln Kota-Desaru buat aku pening sat psl byk sgt keta, tp jln Air Terjun-Bandar Tenggara best!! Aku leh pecut dgn sebrutal2nya, perghh.. Tp brutal2 pun 110 jer kah kah kah! Kira standardlah tu utk org berbudi bahasa dan bersopan santun di jalan raya cam aku ni.

Kat umah mak andak, ramai dah ada, Usu, Achik, Mak Andak, Mak Teh dan kuarga derang. Kecoh jadinya bila dh kumpul ramai2 esp dgn adanya Usu dan Achik yg kaki gurau dan pelawak, makin empuk adunan biler aku join sekali, perghh.. Plg besh biler interviu ngan along mak andak yg balik cuti PKN, hehe mcm reporter lah kitorang, kalah Karam Singh Walia (siap angkat2 tangan dan berperibahasa tuhhh..). Pas tu, apa ke jadah petang2 raya sibuk nak wat kek coklat. Si usu beria2 mengoyak resepi dlm majalah, dan aku plak beria2 disuruh jd drebar pi ronda cari barang. Hampeh betul biler kena mcari barang kek waktu2 raya cam ni, kedai sumer tutup. Lainlah klu barang kek ni bleh beli kat vending machine ke, auto teller ker, kan senang, hehe. Masuk duit, kelepukk.. kuar marjerin, kelepuk kuar esen vanila.. Nntlah aku cipta alat cam tu. Masa memasak pun kecoh, kek sebuku tp kecoh mcm nak dipasarkan satu Mesia kek tu. Lepas maghrib, kek pun siap, emmm.. yummy sedap jugak. Masa tu masing2 sibuk nk claim credit , tengoklah sapa yg kacau topping (aku ler tu), tengoklah saper yg pegi beli barang (aku jugaaak..). masing2 takmoh kalah.

Lps maghrib, aku ngan family terpaksa mintak diri nk pi beraya umah nenek kat Bt Ramun plak. Hussshh, part beraya umah nenek ni yg plg besh biler psl makan, mcmc2 ada especially menu org bugis, Lepat ngan ketupat tu biasalah, tp plg best biler ada lepat loweh, ada burasak. Perghh kecur aku beb, lapo ni. Smpi2 jer, salam2 then terus duduk mkn, perghhh.. mak aku geleng kepala. Kat umah nenek, ada poksu, mak kuntum, mak ha & sepupu2 lain. Amboi, rumah nenek dh banyak berubah, tengah renovate, cayalah, mesti mak ha dpt bonus lebih, lantai dapur ganti mar mar, siling tuko baru, bilik air psg mozek baru. Dlm hati aku, bumbung tak nak cat sekali ker? Pas makan, kemas2 then duduk nengok tv siaran astro. Tp tak leh duduk lama, dtg plak satu rombongan beraya. Plg aku ingat ada sorang sedara ni, gayanya ala2 penyanyi nasyid. Seronok plak aku tengok, jadi adik ipar aku bagus ni hehe teruk adik kena usik ngan aku.

Tk lama lepas orang tu balik, aku ngan family pun balik. Sempat nenek bekalkan lepat loweh ngan burasak, cayalah. Balik ari tu, abh drive, rilek skit aku. Smpi umah apa lagi? Tidur..

Esok aku citer plak utk raya kedua dan ketiga di mana aku jd buang tebiat, bak kata adik2 aku. Apa dia, tunggu...

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!