Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

9:30 a.m. - Wednesday, Jan. 19, 2005
Searching My True Life
Yahuuu!!! Esok nak balik umah, hehe. Gerenti esok akan kepenatan. Balik keje kul 5.15 kena rush balik ke kota plak. Kalau jalan jam teruk especially highway Pasir Gudang ni, aduhaii.. mampus aku kekejangan dlm keta. Err.. rasanya ari ni atau malam ni tentu kat umah dah sibuk anyam ketupat. Ahaks, tak merasa aku nak meriakkan diri menunjukkan kepakaran menganyam ketupat. Tp tak kisahlah psl hero aku ada kat umah. Kita kasi buli sama dia !! wakakakakk!!!

Cakap psl hero aku ni, semalam birthday dia yg ke 21. perghh.. dah tua rupanya adik aku ni, rasa cam baru jer smlm dia kecik. Rasa baru jer teringat2 waktu aku selalu marah2 dia bila lembap sangat nak diajar matematik, smpi menangis budak tu. Alahai kesian.. Tp sekarang dia lg power math dr kakak dia, hehe mmg padan ngan muka aku pun. So, birthday kali ni, tak agak2 budak tu. Dia leh mintak hadiah motor. Ingat aku ni cap duit agaknya. Dan rupa2nya dia dah beli motor pun. Dia leh suruh aku bayo kan installment nya. Ini sudah melampau. Thun baru ni aku baru je nak bernafas skit psl dah lepas dr beban bayar loan ASB. Dia up lagi tuhh.. oksigen, oksigen.. help!!

Huhu.. ingat lg psl duda yg nak berkenalan ngan aku tu? Hehe.. dia asyik call jer waktu aku kat ofis. Pastu anto sms ngan teks yg cukuplah skemanya, mengalahkan dialog filem Yusuf Haslam yg terkenal dgn ciri2 buku teks sekolahnya tu. Aku ni dah ler sibuk sepanjang ari, dia ngacau plak. Balik keje aku pi aerobik, mlm plak nak gi tuisyen (which aku hampir2 nk kensel psl nk gi ceramah Anwar Ibrahim kat Tmn Saujana). Hehe, nmpk sgt mcm aku nk melarikan diri dr orang tu. Tp mlm tu, aku baru nak rilek menyelak2 majalah Anis bulan 1 yg aku baru baca suku, dia dah tepon. Hehe.. spt yg kujangka, dan mmg patutlah aku rasa tak sedap hati ngan orang ni. Aku rasa he is much older than what he told me. Dah call tu, pandai2 lah nk berbual. Ni tidak, senyap jer, dah tu tanya soklan yg ntahapa2. Aku rasa peliklah psl dia dah pernah kawin tp mcm orang yg baru nak blajo berkawan. Dgn suara yg konon mcm romantik (dibuat2 jer, mcmlah aku tk tau). Aku buat lawak skit, dia dah ketawa mcm haper, kengkadang tu aku rasa aku tak wat kelako pun tp dia ketawa jugak. Apalagi, kena sound lah ngan aku 'elo, saya tak wat kelako pun, apsal ketawa?' Pastu, apa yg aku cakap, diiyakan ajer semuanya, betul tu, betul tu. Smpikan aku lum abis cakap pun dia leh kata betul jugak. Waras ke tidak orang tua ni? apa lagi, 'apa yg betul? Saya belum abis cakap lagi haper'. Ha, kena ko sebijik ngan aku. Kiranya teruk jugaklah orang tua tu kena smash ngan aku. Especially bila aku bukak topik psl agama, mulalah dia nak ngelak. Aku plg benci bila orang nak kaitkan amal ibadat ngan hati, cthnya, wat apa pi masjid klu hati tak suci, tak ikhlas. Huhu, aku plg anti org cakap mcm tu. Ibadah yg ditetapkan Allah, jgn disangkal. Cthnya sembahyang, ada orang kata buat apa sembahyang klu tak khusyuk. Na'uzubillah, sembahyang tu tetap wajib, khusyuk hukumnya cuma sunat, diterima atau tidak itu urusan Allah, yg penting kita dah berusaha.

Aku menyesal plak layan orang tua tu ari tu. Walhal hati aku mmg rasa tak selesa. Aku patutnya ikut gerak hati sendiri. Tp aku tak kisah, sekurang2nya aku mencuba dan tak terus dikatakan sombong. So, smpi skrg orang tua tu lgsung dh tak contact aku which is aku bersyukur sgt2. Maybe dia terasa gila ngan aku. Ahaks lantaklah, aku cuma jadi diri sdiri jer, klu dia nak terima, terimalah. Klu tak nak sudah. Dia tu yg berpura2, patutnya dia sedar diri tu. At least sekarang dia yg melarikan diri dr aku dan aku tak bleh disalahkan dlm hal ni. Lgpun aku rasa dia ni nak berkawan ngan aku (konon klu leh dibuat bini) cuma utk jaga kepentingan dia jer psl dia dah penat idup sorang2. Aku plak camna? Aku pun nak jaga kepentingan aku. Aku kawin bukan utk setahun dua, bukan utk setakat mmbahagiakan orang tp diri sendiri terseksa.

Arghh.. pengalaman2 lepas mengajar aku utk kembali mengikut kata hati. Aku dh terlalu banyak beralah & berkorban utk orang hingga mengenepikan perasaan sendiri. Klu dulu, aku mmg mengikut kata hati (harapnya yg dipelihara Allah) tp semakin dewasa, aku cuba nak berkompromi, dan bersabar menerima orang lain seadanya. Rupa2nya itu tak membawa aku ke mana2. Aku yg lg teruk adalah. Sebab tu, sekarang aku akan ikut kehendak diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa. Salah ke kalau aku nak hidup bahagia dlm dunia yg singkat ni? Lepas ni aku nak hepi2 jer, pegi jalan orang kata apa pun. Dan yg penting skrg aku kena tegas ngan pendirian aku. Allahu'akbar!!

 

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!